Bermula hari ini pengguna yang telah melakukan pendaftaran minat terhadap tag RFID akan menerima email jemputan sebagai pilot user” kepada penggunaan sokongan RFID tersebut. Jemputan ini yang dihantar menerusi email yang telah didaftarkan, memerlukan pengguna untuk mengisi borang pendaftaran online sekaligus dalam masa yang sama ia adalah bagi tujuan untuk membuat tetapan bagi tarikh pemasangan stiker RFID di pusat pemasangan berdaftar.

Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, penggunaan tag RFID bakal diperluaskan bagi mengambil alih penggunan Smart Tag yang telah dihentikan penjualannya.

Melalui sistem baru yang diimplementasi oleh tag RFID, mekanik penggunaanya adalah berdasarkan pengesanan frekuensi radio yang dikesan melalui stiker RFID yang ditampal pada cermin ataupun lampu hadapan sesebuah kenderaan.

Dimana kelebihan apabila menggunakan tag RFID ini, pengguna tidak lagi perlu melakukan penukaran bateri seperti yang sering dilakukan pada peranti Smart Tag dan ianya boleh ditambah nilai secara online melalui kredit/debit kad, perbankan online dan pin tambah nilai TNG.

Baca juga  Thailand Tidak Mahu Ketinggalan Sebagai Pengeluar Ganja Halal Dunia

Namun begitu bagi mereka yang ingin menggunakan tag RFID ini, mereka mestilah mempunyai akaun eDompet Touch ‘n Go bagi tujuan menyemak serta menambah nilai kredit didalam tag tersebut. Dan oleh kerana perlaksanaanya masih lagi diperingkat awal, difahamkan bahawa penggunaan RFID ini terbuka hanya kepada kenderaan persendirian kelas 1 (seperti kereta, van dan kenderaan pacuan 4 roda) dilebuh raya sekitar Lembah Klang sahaja.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari rfid.touchngo.com.my.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini