Sekarang adalah musim haji. Tentu ada sanak saudara dan kenalan anda yang dipanggil menjadi tetamu agung Allah pada tahun ini kan? Alhamdulillah.. Sama-sama kita mendoakan agar mereka bisa beroleh haji yang mabrur dan diampunkan segala dosa. Jangan lupa doakan juga supaya kita dipanggil untuk menjadi tetamunya juga selepas ini.
Rasulullah SAW bersabda: “Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila tiba musim haji, maka kan bergegarlah kalimah ini di Mekah sana. Malah ianya turut dibaca oleh ummat ISlam di tanahair. Kalimah yang dimaksudkan tak b]lain dan tak bukan adalah kalimah talbiah.
Bacaan Talbiah:
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak
Arti bacaan talbiyah:
Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu
Bacaan ini bila dibaca secara beramai-ramai, ia dapat menggegarkan jiwa sekaligus merasai kebesaran Allah. Malah bukan manusia sahaja yang memberi respons kepada kalimah talbiah ini, binatang pun sebenarnya memberi respons.
Kami suka berkongsi satu video yang berlegar di group Whatsapp tentang respons sekawanan semut apabila mendengar alunan kalimah talbiah menerusi telefon bimbit.
Semut yang bergerak secara rawak tiba-tiba membentuk satu formasi yang seragam, iaitu formasi seperti orang tawaf di Baitullah Al Haram apabila mereka mendengar alunan kalimah talbiah. Mereka bergerak membuat pusingan lawan jam persis ummat Islam yang sedang tawaf di Mekah.
Subhanallah..! Anda boleh perhatikan pertukaran gerakan rawak kepada gerakan tawaf tersebut pada minit ke 4 bila video dimainkan. Gerakan tawaf ini berterusan sepanjang alunan talbiah teralun.
Kemudian pada minit ke 21, alunan talbiah tersebut dihentikan. Secara otomatik gerakan semut tadi terus berubah menjadi gerakan rawak semula.
Pada minit ke 27, alunan talbiah dibunyikan lagi dan sekali lagi gerakan semut berubah menjadi gerakan tawaf. Sungguh kagum bilamana haiwan sekecil semut pun tahu dan kenal tuhannya. Tapi kita…!!! Allhuakbar..! Kerdil sungguh kita..!