Hukuman Sebat Cara Sivil vs Hukuman Sebat Ikut Syariah, Mana Lebih Sakit?


Perbahasan hukuman sebat cara Syariah ni dah lama diperbahaskan. Namun masih ramai yang masih menyalahkan hukuman sebat cara Syariah. Ini berpunca daripada kejahilan individu itu sendiri dalam menilai hukuman sebat cara syariah.

Isu ini makin hangat diperkatakan apabila kerajaan negeri Terengganu meneruskan hukuman sebat cara Syariah di bawah kesalahan ta’zir kepada dua perempuan yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis, lesbian walaupun ditentang oleh segolongan individu tertentu.

Wanita ini diadili dan diberi peluang untu membuat rayuan. Walaubagaimanapun tiada rayuan dibuat menyebabkan mahkamah mengambil keputusan untuk meneruskan hukuman tersebut. Isu ini menjadi perdebatan di kalangan rakyat Malaysia. Malah mufti dan menteri sendiri telah berbeza pendapat.

Yang menuduh cara sebatan syariah adalah kejam, tidak berperi kemanusiaan, menjatuhkan maruah sebenarnya tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu pun macamana perlaksanaan sebenar hukuman sebat cara Islam.

Panjang jika mahu dihuraikan tentang perkara ini. Dan kami pun bukanlah orang yang betul-betul mahir tentang hukum hakam undang-undang sivil maupun undang-undang syariah. Namun berdasarkan huraian pakar (baca: Hukuman sebat dalam Islam) banyak syarat yang perlu dipatuhi dalam perlaksanaan hukuman sebat cara syraiah ni.

Antaranya:

Cara Melakukan Sebat

Ketika melaksanakan hukuman sebat, hendaklah dengan cara sebatan yang sederhana. Orang yang menyebat tidak boleh mengangkat tangannya hingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkataan ia tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga nampak putih ketiaknya dan disebat berturut-turut supaya sampai kepada matalamat dan tujuannya.

Alat Sebat

Alat sebat tidaklah dalam satu jenis dan satu bentuk sahaja. Sebat boleh dijalankan dengan mengguna rotan atau pelepah tamar atau ranting kayu atau pun hujung kain semuanya boleh digunakan. Ulamak telah sepakat mengatakan bahawa untuk menyebat peminum arak maka sudah cukup dan tercapai maksdunya dengan menggunakan hujung kain atau pelepah tamar.

Banyak lagi syarat yang islam tetapkan untuk melakukan hukuman sebat ini. Ini semua kerana ISLAM adalah agama yang sempurna, menjamin kebahagian hidup insan di dunia dan di akhirat. Orang-orang yang berbuat kesalahan mesti didakwa dan dihukum jika didapati bersalah.

Namun hukuman tersebut bukanlah bertujuan untuk menzalimi malah objektif utamanya adalah untuk mengajar dan memberi pengajaran. Mengajar pesalah agar insaf dan tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut. Mmeberi pengajaran kepada orang ramai bahawa yang salah tetap salah.

Kami kongsikan video demo cara perlaksanaan hukuman sebat cara sivil dan cara syariah. Anda boleh tonton video tersebut dan nilaikan yang mana lebih menzalimi pesalah. Selamat menonton.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini