Isu graduan menganggur bukan lagi suatu perkara yang baharu. Saban tahun isu yang sama dibangkitkan dan masalah ini dilihat sukar untuk diselesaikan. Kerajaan juga saban tahun masih lagi belum berupaya menyediakan ramuan terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.

Walaupun pelbagai program telah dilaksanakan misalnya, program Skim Latihan 1 Malaysia namun selepas tamat latihan mereka kembali menganggur. Dimanakah silapnya?. Adakah berlakunya kesilapan pada sistem pendidikan negara sehingga melahirkan graduan yang tidak berpotensi atau syarikat yang menetapkan syarat yang terlalu ketat atau masalah pada individu itu sendiri?.

Kepada anda yang masih lagi menganggur, pernahkah anda terfikir kenapa anda sukar mendapat pekerjaan?. Apakah kriteria yang belum lagi dipenuhi sedangkan kelayakan anda lebih daripada cukup?.

Baru-baru ini, laman carian pekerjaan paling popular di Malaysia telah mengambil inisiatif menjalankan satu kaji selidik yang bertajuk Employer perception of Fresh Graduate Survey. Kajian tersebut dijalankan bertujuan untuk menilai persepsi majikan terhadap graduan yang gagal diterima di syarikat mereka. Berikut adalah lima (5) punca kenapa graduan gagal mendapat pekerjaan.

Memohon Gaji atau Faedah yang Tidak realistik (68%)

Berdasarkan kaji selidik berkenaan, permohonan gaji dan faedah yang tidak relevan adalah faktor utama yang menyebabkan majikan tidak mahu menawarkan pekerjaan kepada para graduan. Kebiasaanya, faedah yang akan diperolehi oleh pekerja selepas mendapat pekerjaan adalah caruman Employee’s Provident Fund Organization (EPF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO). Oleh itu, sebelum meletakkan jumlah gaji yang hendak dipohon, graduan dinasihatkan untuk merujuk kepada jadual gaji yang kebiasaanya digunakan oleh majoriti majikan. Kebiasaannya, majoriti majikan menawarkan gaji mengikut tahap pengalaman yang dimiliki oleh pemohon. Sekiranya anda belum mempunyai sebarang pengalaman kerja dalam bidang yang dipohon dan keliru mengenai tahap gaji yang ditetapkan, anda boleh menyemak tahap gaji permulaan mengikut tahap pendidikan dan kursus pengajian bermula pada peringkat ijazah seperti mana yang telah disenaraikan oleh Jobstreet.com.

Lemah Penguasaan Bahasa Inggeris (64%)

Kita sedia maklum bahawa Bahasa Inggeris merupakan antara bahasa penghantar paling penting di dunia. Majoriti syarikat menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Selain itu, jika anda ingin bekerja di syarikat-syarikat besar, majoriti pelanggan mereka adalah bangsa asing. Ini kerana wujudnya kolaborasi perniagaan merentas sempadan yang diusahakan demi untuk mengembangkan perniagaan syarikat. Maka, penggunaan bahasa Inggeris adalah satu kemestian dalam urusan perniagaan mereka. Adakah anda salah seorang graduan yang gagal berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris?. Sekiranya ya, inilah punca kenapa anda sering gagal ditawarkan sebarang pekerjaan.

Memilih Pekerjaan dan Syarikat (60%)

Cuba anda lihat di sekeliling, berapa ramai graduan lepasan siswazah yang bekerja dalam bidang yang sama dengan bidang pengajian mereka ketika di universiti?. Berdasarkan kaji selidik Graduan Malaysia oleh Jobstreet.com (2014-2016) menyenaraikan 3 bidang pengajian (lebih 75% graduan) yang majoriti graduan bekerja dalam bidang yang sama selepas tamat pengajian iaitu Juru Ukur Bahan, Kejururawatan dan Kejuruteraan manakala graduan dalam bidang Sains Politik, Kemanusiaan/ Liberal Arts, Sains dan Teknologi hanya 30% dan ke bawah sahaja yang bekerja dalam bidang sama. Oleh itu, mungkin kaji selidik yang dilakukan oleh Jobstreet ini boleh membantu anda lepasan SPM untuk memilih bidang pengajian yang terbaik.

Baca juga  Jepun bina masjid bergerak untuk kemudahan orang Islam.

Lemah dalam Berkomunikasi (60%)

Kurang keyakinan dalam berkomunikasi menyebabkan graduan gagal memperolehi pekerjaan. Majikan memerlukan mereka yang mahir berkomunikasi untuk memastikan segala tugasan yang diberikan difahami dan mendapat maklum balas yang baik. Sekiranya graduan tidak berupaya untuk berkomunikasi, sukar untuk majikan menawarkan pekerjaan. Tambahan pula, ketika sesi temu duga kriteria tersebut merupakan faktor utama yang dilihat dan diambil kira oleh majikan sebelum menawarkan pekerjaan. Adakah anda merupakan salah seorang yang berada dibawah kategori ini?.

Tiada personaliti dan karakter yang menyakinkan (59%)

Tingkah laku. karakter diri yang menarik akan menyerlahkan pesona dalam diri ini. Dengan karakter yang menarik, anda pastinya tidak akan menjadi penganggur tegar. Majoriti majikan tertarik dengan personaliti pemohon ketika hadir ke sesi temu duga. Oleh itu, bentuklah personaliti yang menarik bagi memudahkan anda untuk mendapat pekerjaan.

Kesimpulannya, adakah anda termasuk dibawah 5 kategori yang kami senaraikan diatas?. Jika ya, buatlah sesuatu untuk memastikan anda tidak terus menganggur.

Come on guys. Kerajaan melalui Belanjawan 2020 yang lepas pun sudah memperuntukan sebahagian bajet untuk membantu mengurangkan tahap pengangguran di Malaysia. Semua masalah ini boleh diatasi sekiranya anda bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri demi untuk masa depan yang lebih cerah.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini