Zaman kanak-kanak, cita-cita yang menjadi pilihan ramai adalah doktor, jurutera, angkasawan, pilot, polis, dan tak kurang juga guru. Ini kerana, jawatan-jawatan ini dimomokkan sebagai pekerjaan yang bagus sekaligus menarik minat kanak-kanak untuk menjadikannya sebagai inspirasi.

Namun begitu, apabila usia meningkat dewasa keinginan, kemampuan serta kelayakan seseorang individu itu berubah. Daripada cita-citanya yang dulu lebih kearah pekerjaan yang “popular”, kini pekerjaan yang dipilih kadang-kala adalah pekerjaan yang jarang diketahui ramai.

Salah satunya daripadanya adalah kerjaya sebagai ramp agent atau dikenali sebagai “budak bagasi“.

Kerjaya ini walaupun dilihat bukanlah sesuatu pekerjaan “high class” yang memerlukan pekerja memakai kot hitam atau bertali leher, akan tetapi ia merupakan tulang belakang disebalik operasi sesebuah syarikat penerbangan.

Untuk mengetahui serba sedikit mengenai kerjaya sebagai ramp agent ini, jom kita baca penerangan dibawah.

Apa itu ramp agent?

Ramp agent adalah sebahagian dari ground operation team dimana antara skop kerja mereka ini adalah menguruskan beg atau barangan kargo. Secara jujurnya kerjaya ini memerlukan pekerja untuk menggunakan kederat tulang empat kerat dan ianya sememangnya memenatkan.

Bagaimanakah cara kerja ramp agent ini?

Ianya terbahagi kepada beberapa divisyen dimana ada sebahagian daripada pekerja bidang ini akan diserap kedalam:

1. Aircraft handling team (AH) – iaitu kumpulan yang bertanggungjawab melakukan kerja memasukkan beg ke dalam cargo hold, dimana ada waktu-waktu tertentu juga mereka inilah yang terpaksa menyiapkan kerja-kerja memasukkan beg ini dalam tempoh masa yang singkat – pasukan ini juga yang sering menjadi mangsa viral penumpang yang tidak berpuas hati.

2. Baggage handling team (BH) – iaitu pasukan yang bertanggungjawab melakukan kerja menerima bagasi penumpang daripada conveyor dan seterusnya menyusun serta memasukkan bagasi-bagasi tersebut kedalam troli sebelum diserahkan kepada pasukan AH untuk proses yang seterusnya.

3. Cargo team – iaitu pasukan yang bertanggungjawab melakukan kerja menguruskan kargo seperti barangan basah (ketam, udang, sotong atau sayur), barangan elektrik dan lain-lain. Juga bukan kerja mudah kerana ia melibatkan barangan yang beratnya bertan-tan.

Baca juga  Tips chek defect rumah baru sebelum diduduki

4. Controller team – iaitu pasukan yang bertanggungjawab melakukan kerja menguruskan tenaga kerja dan gerak kapal keluar masuk. Boleh dikatakan mereka inilah yang banyak menghabiskan masa menghadap komputer, dan boleh dikatakan juga seperti orang tengah diantara flight operation department dan ground operation team. Kerja di divisyen ini walaupun tidak memenatkan fizikal, tetapi sebaliknya lebih memenatkan otak kerana perlu kerap berfikir menyelesaikan masalah.

Jadual kerja pula?

Ianya subjektif. Shift bekerja sentiasa berubah. Namun melalui perkongsian terkini sehingga tarikh 24 Julai 2018, difahamkan bahawa ianya dilaksanakan dalam bentuk shift 4-4.

Dimana ia memberi makna 4 hari bekerja, kemudian 4 hari cuti (dengan pelbagai masa dan tidak seragam diantara team AH dan BH). Cuma yang sedikit berbeza adalah bagi cargo team dimana jadual kerja mereka adalah tetap dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00.

Macam mana dengan temuduga?

Untuk bekerja sebagai ramp agent, ia terbahagi kepada beberapa ujian yang sudah semestinya melibatkan ujian yang memerlukan tenaga fizikal.

  1. Ujian fizikal (merangkumi larian, gulingan, golekan, angkat berat, jerit dan sebagainya).
  2. Ujian bertulis mengenai agihan cargo (knowledge dan kemahiran berfikir).
  3. Personal interview one to one (bergantung kepada interviewer.
  4. Document check (Pemeriksaan dokumen peribadi seperti sijil, lesen dan sebagainya).
  5. UJIAN KESABARAN.

Ya.. jika dilihat pada penerangan diatas, boleh dikatakan kerjaya sebagai ramp agent ini bukanlah pilihan ramai untuk dijadikan kerjaya seumur hidup. Ini kerana ramai yang tidak sanggup melalui penat lelah yang perlu dilalui setiap hari. Namun begitu, tak mustahil juga ada yang sukakan cabaran sebegini. Lebih-lebih lagi kalau benefit yang ditawarkan juga berkemungkin setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Kalau tak, manakan ada perempuan yang sudi menerima kerjaya ini dan dipanggil sebagai ramp girl. 🙂

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini