Buluh Adalah Alternatif Kepada Straw Plastik


Straw plastik menjadi subjek trending beberapa hari lepas ekoran pengharamannya di Wilayah Persekutuan seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Bagi aktivis yang mementingkan penjagaan alam sekitar, sudah semestinya berita ini adalah berita gembira buat mereka walaupun masih banyak faktor lain yang menjerumus kepada pencemaran alam sekitar.

Namun disebalik kegembiraan mereka, ada juga pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan ini bilamana mereka menyifatkan langkah ini menyebabkan mereka terpaksa menghadapi kesukaran untuk menikmati makanan atau minuman dimasa akan datang.

Maka, disebabkan itu bagi membantu mereka yang mengalami kesukaran ini untuk terus mengecapi nikmat hidup didunia, kami berkongsikan 1 alternatif yang mungkin boleh menggantikan penggunaan straw plastik tersebut.

Penyedut buluh (straw buluh)

Jelas sekali umum mengetahui bahawa buluh adalah tumbuh-tumbuhan dan penghasilan serta penggunaanya adalah tidak membahayakan alam sekitar. Cuma untuk menggunakannya, anda perlu memilih saiz buluh yang betul-betul sepadan dan cukup panjangnya.

Ataupun jika anda kreatif, mungkin boleh cuba menyambung beberapa batang ranting buluh yang kecil saiznya menjadi buluh yang lebih panjang atau dilenturkan bagi menjadi bentuk yang unik.

Cuma dari segi kekurangannya, buat masa sekarang ianya mempunyai kuantiti yang terhad dan lebih mudah didapati dikawasan-kawasan yang banyak ditanam. Akan tetapi sekiranya idea ini dikomersilkan, rasanya tidak mustahil kuantiti itu dapat dipertingkatkan sekaligus dapat memenuhi permintaan ramai.

Penggunaan straw daripada buluh walaupun nampak klasik, tapi kelihatan lebih hipster. So, dah ada ke kedai makan hipster yang guna idea ini?


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini