•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ramai yang pelik. Tiada pun gempa bumi dan bencana lain, tiba-tiba Pulau Jawa dilanda Tsunami. Ramai yang berpendapat letupan Anak Krakatau yang menjadi punca.

Saintis berpendapat insiden yang meragut sekurang-kurangnya 280 nyawa penduduk, ratusan lagi cedera, manakala puluhan bangunan rosak teruk akibat tsunami yang berlaku tanpa sebarang amaran di Selat Sunda, antara pulau Jawa dan Sumatera Adalah disebabkan Oleh gelinciran lereng di bahagian selatan Anak Krakatau ke dalam laut. 

Gelinciran tersebut berlaku selang beberapa minit sebelum bencana Tsunami tersebut melanda.

Saintis mencapai persetujuan tersebut selepas melihat imej dan banyak maklumat lain yang diperolehi yang menunjukkan runtuhan pada bahagian gunung berapi yang mencetuskan gelombang Tsunami tersebut.

Imej yang berjaya dirakam oleh satelit Sentinel-1, milik Agensi Angkasa Eropah menunjukkan terdapat runtuhan besar pada lereng di selatan gunung berapi itu ke dalam laut.

Tanah runtuh ke dalam laut adalah teori utama setakat ini. Jadi, apabila tanah itu menggelincir masuk ke dalam laut, ia menyebabkan anjakan pada permukaan laut, seterusnya mengakibatkan tsunami.

Baca juga  Ketagih Permainan Video, Pemain Barcelona Mungkin Akan Dijual

Namun disebabkan kekurangan data dan akses untuk ke tempat kejadian, teori ini belum dapat dapat disahkan sebenar-benarnya.

Gunung berapi Anak Krakatau sudah memuntah debu dan lahar sejak beberapa bulan lalu. Ia juga dilaporkan meletus kira-kira 24 minit sebelum tsunami melanda pulau Jawa.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini