Kebolehan menangkap binatang berbisa seperti ular berbisa adalah satu anugerah yang tidak semua orang memilikinya. Hanya mereka yang dikurniakan keberanian dan anugerah sebegini sahaja mampu melakukan aktiviti berbahaya ini.
Anugerah itulah yang dimiliki oleh seorang lelaki daripada Kuala Krai, Kelantan yang terkenal dengan kepakaran beliau menangkap ular. Baru-baru ini, beliau ada memuat naik kegiatannya menangkap ular tedung berbisa di Facebook.
Namun, dalam masa yang semasa JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan turut memburunya kerana didakwa melakukan kesalahan.
Difahamkan, lelaki itu memaparkan gambar memegang ular berbisa yang ditangkapnya di FB miliknya.
Pihak PERHILITAN dimaklumkan berhubung kegiatan lelaki yang menangkap ular itu selepas gambarnya yang memegang tedung selar tular di laman sosial.
PERHILITAN turut memberi amaran kepada lelaki itu dan orang ramai bahawa niat mempamerkan bakat menangkap ular kepada orang lain itu di laman sosial adalah menjadi kesalahan.
Mengadakan pertunjukan binatang berbisa/terancam tanpa permit boleh didakwa di bawah Seksyen 66 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM70,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Pihak PERHILITAN juga tidak akan teragak-agak untuk menahannya kerana memiliki reptilia secara haram.
Untuk makluman ramai, pihak PERHILITAN sudah memberhentikan pengeluaran permit kepada mana-mana pihak atau organisasi yang mahu mengadakan pameran ular berbisa di khalayak sejak tiga tahun lalu.
Pihak yang mengadakan pameran atau memegang ular berbisa termasuk ular tedung selar, sawa dan senduk adalah menyalahi undang-undang