Menunaikan fardhu Haji di Baitullah adalah rukun Islam yang ke-5 yang wajib ummat Islam tunaikan jika berkemampuan.

Masalahnya ada antara kita yang terlebih “mampu” dan ingin melakukan ibadah Haji lebih daripada sekali walaupun yang wajibnya hanya sekali. Ini tidaklah menjadi satu kesalahan jika kita berada di negara arab dan ia tidak melibatkan kuota tahunan haji.

Namun bilamana ia melibatkan kuota tahunan haji, sehinggakan berjuta orang terpaksa menunggu giliran, ianya memang sesuatu yang harus dibetulkan sistemnya.

Oleh itu, tepatlah tindakan Tabung Haji yang menghadkan pendepositnya menunaikan ibadat Haji hanya sekali demi untuk memendekkan senarai menunggu.

Bermula tahun ini, mereka yang sudah pernah menunaikan fardhu haji tidak lagi boleh berbuat demikian bagi memberi peluang kepada orang lain pula. 

Sebelum ini, mereka masih boleh memohon semula untuk menunaikan Haji selepas 5 tahun mereka ke sana. Kini peluang itu Sudah tidak dibenarkan. 

Namun larangan ini hanya untuk yang mendaftar untuk ke sana melalui Tabung Haji ataupun Muassasah. Adapun yang ingin pergi dengan menggunakan pakej swasta, larangan ini tidak terpakai.

Baca juga  Jangan upload gambar baby sebelum usianya 44 hari!

Tindakan Tabung Haji ini disokong penuh oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Beliau dipetik sebagai berkata sudah sewajarnya TH mengenakan sekatan terhadap pendepositnya yang sudah menunaikan haji daripada mengerjakan ibadat berkenaan buat kali kedua bagi memendekkan giliran menunggu mereka yang mahu berbuat demikian.

“Betullah tindakan itu, tiada masalah kerana ia dapat memberi peluang kepada orang lain dan bukannya orang yang sama saja dapat peluang mengerjakan haji.

“Jika tidak, hanya orang yang kaya saja dapat menunaikan haji, sedangkan mereka yang tidak kaya terpaksa menunggu tempoh lama untuk berbuat demikian,” kata beliau.

Harussani berkata, kuota menunaikan haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia tidak banyak sedangkan mereka yang berada dalam senarai menunggu giliran terlalu ramai, jadi sudah sewajarnya dilakukan sekatan terhadap mereka yang sudah melaksanakan ibadat berkenaan.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini