•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Berita yang kurang menyenangkan buat mereka yang sering berkongsi gambar-gambar barangan serta gaya hidup mewah, terutamanya mereka-mereka yang gemar mencari mangsa “networking” program-program tertentu menggunakan kereta-kereta mewah dan juga perkakasan peribadi berjenama.

Ini kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini telah membuat pengumuman rasmi bahawa mereka telah menubuhkan sebuah unit khas  bagi meneliti dan menyiasat mana-mana individu atau pemilik perniagaan yang kerap menghebohkan sebarang harta kekayaan luar biasa di media sosial.

Difahamkan bawa dengan kewujudan unit khas ini, pihak LHDN akan memantau serta meneliti perkembangan individu tersebut di media sosial, dimana sekiranya dikesan gemar berkongsi mengenai pemilikan barang kemas, jam tangan mewah, beg tangan, kereta mewah atau hartanah, mereka ini akan disiasat sama ada sudah mempunyai rekod pengisytiharan pendapatan atau sebaliknya, dan siasatan ini juga bagi melihat sejauh mana kesetaraan kekayaan yang ditunjukkan dengan rekod yang sedia ada.

Sekiranya didapati timbul keraguan terhadap rekod berkenaan, maka pihak LHDN seterusnya akan bertindak untuk menghantar surat bagi meminta penjelasan daripada individu yang disiasat.

Baca juga  3 Daerah Pesisir Pantai Di Negeri Pahang Diramal Mengalami Air Pasang Besar Disember Ini.

Mana-mana individu atau syarikat yang sebelum ini gagal ataupun mengelak untuk melaporkan pendapatan mereka, sekiranya didapati bersalah berkemungkinan dikenakan penalti yang tinggi (minimum sehingga 80 peratus).

Nampaknya, bagi anda yang kerap berbangga diri dengan memuat naik barangan-barangan mewah untuk tatapan follower masing-masing, sudah tiba masanya untuk kurangkan riak anda itu dengan menjadi seorang yang lebih “low profile”. Jika tidak, mungkin tak lama lagi anda akan diperhatikan lembaga.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini