Beberapa hari lepas, rakyat jelata Malaysia dikejutkan dengan
perletakkan jawatan oleh Sultan Muhammad V sebagai DYMM SPBYDP Agong tanpa diketahui umum sebabnya. Ini pertama kali berlaku dalam sejarah pemilihan Ketua Negara.
Sejurus pengesahan perletakan jawatan tersebut, pelbagai pandangan dan pendapat mula timbul. Ada juga yang tidak dapat mengawal perasan dan emosi memuatnaik beberapa komen berunsur penghinaan terhadap Ketua Negara Malaysia.
Mungkin individu tersebut ada ‘kisah silam’ dengan DYMM SPBYDP Agong atau sekadar suka-suka. Tetapi jelas, tindakan individu tersebut membangkitkan kemarahan orang ramai di ruang maya.
INDIVIDU HINA YDP AGONG
Kita jadikan kisah individu ini sebagai pedoman untuk para netizen mahu pun keyboard warrior. Eric Liew, kakitangan dari CISCO Asean, pasangan suami isteri yang dipercayai bekerja di TNB (Alia Astaman dan Azham Akhtar ) dan seorang jurutera Desmond Yengkor antara individu yang dihadapkan ke muka pengadilan kerana memuatnaik komen-komen berunsurkan penghinaan kepada YDP Agong dan juga-juga Raja/sultan. Tidak perlu kami mengulas lebih lanjut tentang hinaan mereka.
Jadikan ini sebagai peringatan. Sebelum anda menaip komen di ruangan maya, tidak kisahlah kepada Raja atau orang kebanyakkan, fikir terlebih dahulu akibat daripada perbuatan tersebut. Fikir hukuman yang boleh dikenakan jika anda menulis sesuatu yang bersifat menghina.
Merujuk kepada Utusan Online bertarikh 13/6/2013 yang ditulis oleh Prof Dato’ Salleh Buang seorang penganalisis Undang-Undang dengan tajuk “Menyabit Kesalahan Hina Raja”, ini yang korang boleh faham ya sebelum tangan gatal menaip.
Menurut Prof Dato Salleh Buang dalam artikel tersebut, tulisan itu terletak kepada niat individu tersebut. Contohnya,
Niat “mendatangkan kebencian atau penghinaan” terhadap Raja berkenaan; atau
* Niat “membangkitkan perasaan tidak setia” terhadap Raja berkenaan; atau
* Niat “menimbulkan perasaan tidak puas hati” terhadap Raja berkenaan; atau
* Niat “menimbulkan perasaan tidak setia dalam kalangan rakyat” Raja berkenaan.
Orang itu boleh (setelah disabitkan) dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada 3 tahun dan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan berikutnya, hukuman penjara adalah tidak lebih daripada 5 tahun – s. 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
Di bawah peruntukan undang-undang ini, adalah satu kesalahan menyatakan di ruang siber (termasuk dalam emel, akaun facebook, twitter, pesanan ringkas dan lain-lain) apa-apa kenyataan atau komen yang lucah, tidak sopan, palsu, menakutkan atau menyakitkan pada sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati, memaki hamun, mengugut atau mengganggu gugat mana-mana orang lain (obscene, indecent, false, menacing, or offensive in character with intent to annoy, abuse, threaten or harass any person).
Jika sabit kesalahan di bawah peruntukan ini, orang itu boleh dipenjarakan tidak lebih daripada 1 tahun atau denda tidak lebih daripada RM50,000 atau kedua-dua sekali. Sekiranya kesalahan itu terus dilakukan selepas sabitan, orang itu boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu dilakukan.
Jadi, selepas ini masih berani menulis sesuka hati di ruang internet? Terutama tentang perkara yang boleh menggugat keamanan dan mendatangkan kebencian kepada Raja atau Sultan kerana mereka adalah KETUA NEGARA.
Selain daripada slogan, “Tak pasti, jangan kongsi”. netizen perlu turut menggunakan slogan ini jiga, ” Tak nak rugi, jangan komen sesuka hati”..