Airbus telah mengumumkan pemberhentian pengeluaran Superjumbo Jet A380 selepas pelanggan terbesar mereka, Emirates Airline yang berpangkalan di Dubai, membatalkan pesanan 39 pesawat.
Airbus akan menyerahkan Superjumbo Jet A380 terakhir kepada Emirates pada tahun 2021. Biarpun pengumuman ini mengejutkan banyak pihak dalam industri penerbangan dunia, namun ini keputusan yang terbaik Airbus akibat kemerosotan jualan pesawat canggih ini.
Selepas melabur berbilion USD dalam pengeluaran Superjumbo Jet A380 ini, Airbus berharap dapat mengatasi pesaing terbesar mereka, Boeng 747.
Airbus dengan misi dan visi mengeluarkan pesawat paling mewah di dunia dengan kemudahan yang cukup lengkap pada awal pengeluaran. Misi mereka berjaya apabila berjaya mengutip jualan awal sebanyak USD 446 Juta.

A380 mampu memuatkan sehingga 800 orang penumpang, merupakan pesawat komersial terbesar dan pertama mempunyai dua dek, atas dan bawah.
Antara sebab kemerosotan jualan A380 adalah kerana syarikat penerbangan komersial lebih sukakan pesawat kecil yang lebih ekonomik dalam kos operasi mereka.
Semasa pelancangan Superjumbo mewah ini, Airbus menjangkakan jualan sehingga 1,200 jet namun sehingga kini, hanya 234 buah jet sahaja yang mampu terjual.
Lebih mengejutkan, tiada syarikat penerbangan daripada Amerika Syarikat yang membeli pesawat super mewah dan canggih ini.
