1) Queimada Grande (Pulau Ular)

Kira-kira 40 kilometer daripada pantai Brazil, terdapat sebuah pulau yang mana tak ada mana-mana penduduk setempat yang berani menjejakkan kaki mereka.
Menurut lagenda, orang terakhir yang diketahui berada berdekatan dengan pantai itu adalah seorang nelayan yang ditemui tak bernyawa dan dipenuhi darah, di atas perahunya beberapa hari kemudian
Ia menjadi habitat kepada ular-ular berbisa. Malah, orang awam tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke pulau ini.
Yang paling digeruni tentunya spesis ular Golden Lancehead. Bisanya dikatakan mampu mencairkan daging manusia. Ouch!
2) Pulau Anak Patung

Pulau terpencil yang terletak di satu kawasan berpaya ini dianggap berhantu dan dipenuhi ratusan anak patung yang menyeramkan.
Untuk sampai ke pulau ini, pengunjung perlu menaiki perahu dari Mexico City selama dua jam melalui terusan yang berliku.
Sebaik sahaja kaki menjejak ke pulau ini, pengunjung disambut dengan ratusan anak patung yang usang dan suasana yang menakutkan.
Hampir seluruh pulau kecil mempunyai anak patung digantung di pokok dan wayar berkarat.
Keadaan anak patung yang usang akibat terlalu lama terdedah dengan cuaca dan menjadi sarang labah-labah serta serangga cukup menggerunkan.
3) Pulau Tromelin

Pada tahun 1761, kapal syarikat East India menghantar 142 krew dan 160 hamba ke pulau itu.
200 daripada mereka berjaya tiba ke Pulau Tromelin, namun tidak boleh keluar dari situ melainkan lapan sahaja yang terselamat.
Apa yang mengejutkan, lapan individu berkenaan berjaya diselamatkan oleh sebuah kapal Perancis setelah 15 tahun terdampar di sana.
4) Pulau Krismas

Pulau Krismas ialah sebuah pulau kecil Australia di Lautan Hindi, 2600 kilometer barat laut Perth. Ia merupakan habitat kepada pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan selain terkenal dengan populasi luar biasa ketam merah (Christmas Island red crab), satu spesies ketam tanah yang endemik kepada Pulau Krismas.
Apa yang menarik tentang ketam-ketam ini ialah penghijrahan mereka yang menakjubkan dari hutan ke pantai setiap tahun semasa musim pembiakan.
5) Pulau Poveglia

Diharamkan kepada orang ramai, pulau yang terletak di Itali ini pernah menjadi zon kuarantin sewaktu era Black Death.
Beribu orang yang sakit telah dibakar di pulau itu.
Ia ditinggalkan tanpa penghuni dan ditutup sejak tahun 1968.
6) Pulau Tashirojima

Pulau Tashirojima adalah pulau kecil terletak Ishinomaki, Miyagi, Jepun. Lokasinya di tengah-tengah lautan pasifik.
Juga dikenali sebagai “Pulau Kucing” kerana jumlah kucing di pulau ini melebihi populasi manusia.
Malah, setiap penghuni mesti memelihara dua ekor kucing kerana ia dianggap sebagai pembawa tuah.
7) Pulau Ramree

Terletak di Teluk Bengal, pulau ini mencatakan tragedi buruk sewaktu Perang Dunia Kedua.
Dikatakan seramai 500 askar Jepun dibaham buaya di pulau ini.
Malah, masih banyak buaya yang mendiami habitat itu sehingga hari ini.
8) Pulau Socotra

Terletak di perairan Yaman, terdapat 800 spesis tumbuhan pelik di pulau ini.
Pulau Socotra ditemui sejak kurun ke pertama Masihi. Marco Polo pernah mencatatkan mengenai pulau tersebut dalam penjelajahan mengelilingi dunia.
Malah, terdapat tumbuhan yang sudah pupus dan hanya boleh ditemui di pulau ini sahaja.
Keanehan, keunikan, keajaiban kepelbagaian flora dan fauna Pulau Socotra teramat indah untuk dinikmati sehingga kanak-kanak yang melihatnya berfikir bahawa dia berada di dunia penuh khayalan. Kepelbagaian itu menjadikan Pulau Socotra dianggap sebagai permata biodiversiti di Semenanjung Arab.
Keterasingan pulau itu ditambah bersama iklim gurun telah mewujudkan flora dan fauna endemik (organisma yang hanya wujud di habitat asal) yang menakjubkan.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Royal Batonic Garden Edinburgh, 307 dari 825 spesis tumbuhan di Pulau Socotra adalah spesis endemik, meliputi satu pertiga pulau besar itu.
Ia turut diangkat menjadi tapak warisan oleh Unesco. -espresso
9) Pulau Okunoshima

Digelar ‘pulau arnab’, ia menjadi habitat haiwan comel itu.
Pada mulanya, arnab berkenaan digunakan sebagai bahan uji kaji makmal untuk senjata kimia.
Arnab-arnab yang terselamat membiak dan telah menguasai keseluruhan pulau itu.