Apakah Cukai Baru Yang Bakal Diumumkan November Ini?


Sejak kebelakangan ini, ura-ura yang menyatakan akan ada perlaksaan beberapa cukai baru nampaknya bakal menjadi kenyataan. Ini disebabkan peralihan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menyaksikan penyusutan pendapatan bersih kerajaan sebanyak RM17 bilion pada tahun ini.

Jadi, pengenalan cukai baharu bagi menampung penjanaan pendapatan negara akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2019, pada 2 November ini.

Sebahagian pengurangan kutipan cukai ini akan diimbangi hasil petroleum dan dividen syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tertentu, selain beberapa langkah lain.

Ia merangkumi peningkatan hasil Kerajaan Persekutuan menerusi audit dan siasatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi aspek pematuhan cukai.

Buat masa sekarang, apakah cukai baru yang bakal diperkenalkan selepas Belanjawan 2019 masih menjadi teka-teki. Di bawah ni senarai cukai-cukai yang mungkin dikenakan dan sejauh mana ianya kemungkinan akan dikenakan.

1) Cukai Warisan Harta (Inheritance Tax)

Cukai Warisan Harta ni cukai yang dikenakan ke atas nilai aset seseorang selepas  meninggal dunia. Ianya biasanya merupakan cukai yang disasarkan ke atas orang kaya.

Malaysia pernah melaksanakan cukai Warisan Harta dahulu sejak Merdeka lagi. Namun ianya kemudian dimansuhkan pada tahun 1991 ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir.

Cukai Warisan Harta pada ketika itu dikenakan ke atas mereka yang meninggalkan aset bernilai RM2 juta ke atas, dan kadarnya bermula dari 5%, dan naik kepada 10% untuk mereka yang meninggalkan aset bernilai RM4 juta ke atas.

Persoalan adakah golongan M40 mahupun B40 mungkin akan dikenakan cukai warisan ini sangat bergantung kepada berapakah had minima nilai aset yang akan dikenakan nanti. Tetapi jika kerajaan menggunakan cukai warisan dahulu sebagai kayu ukur, maka kemungkinan golongan M40 akan dikenakan cukai ini amatlah rendah.

Berapa sebenarnya kerajaan boleh dapat kalau mengenakan cukai ini?

Kalau kita anggarkan bahawa kerajaan hanya akan mensasarkan individu golongan T20, maka dari sudut pendapatan mereka ini adalah golongan yang mendapat pendapatan melebihi RM9,620 sebulan untuk isi rumah. Jadi kalau kita bahagi dua (suami isteri), maka ianya adalah golongan yang mendapat pendapatan RM4,800 sebulan.

2) Cukai Keuntungan Modal (Capital Gains Tax)

Bila berbicara berkaitan CGT, ramai selalu memandang dari sudut cukai ke atas keuntungan saham.

Tetapi CGT sebenarnya adalah cukai ke atas keuntungan hasil jualan segala jenis aset. Tidak kiralah saham, rumah, unit trust, ataupun barangan seni sekalipun.

Ini memang sesuatu yang sudah dicadangkan oleh ramai pihak. Ini kerana mendapat keuntungan hasil daripada penjualan aset ni adalah lifestyle orang kaya.

Maka di Malaysia kita sebenarnya sudah ada satu CGT, iaitu Real Property Gains Tax (RPGT). Buat masa ini ianya dikenakan sebanyak 30% untuk penjualan aset dalam masa 3 tahun, 20% pada tahun keempat, 15% pada tahun kelima dan 0% untuk tahun seterusnya.

Kutipan kerajaan Malaysia untuk RPGT setiap tahun lebih kurang RM1.6 billion. Maka perkara pertama, ada kemungkinan RPGT ini akan dipanjangkan lagi. Mungkin mereka yang menjual lebih daripada 5 tahun pun akan wajib membayar RPGT sebanyak 5%.

Dan perkara lain adalah memperkenalkan CGT kepada semua jenis aset. Terutamanya yang berkaitan dengan pelaburan saham.

Di kebanyakan negara, CGT dikenakan ke atas hasil keuntungan saham. Mekanisme yang dikenakan agak kompleks, dia boleh offset kalau ada tahun yang rugi dan lain lain. Tetapi kuncinya, kalau anda buat duit dari saham, maka anda kena membayar cukai.

Dan sama seperti inheritance tax, sesetengah negara meletakkan threshold ke atas CGT. Contoh kalau keuntungan itu melebihi RM10,000, kalau tak sampai banyak tu, tak kena. Sebab takkanlah orang main saham dengan modal RM10,000, untung setakat RM1,000 pun nak dicukai kan.

Kadar yang biasa dikenakan oleh negara lain dalam 15-20% daripada keuntungan.

Namun sebenarnya untuk kerajaan mengenakannya pada masa sekarang, is a bad timing. Kerana pada masa ini pasaran kewangan tengah bergolak, dan Emerging Market seperti Malaysia tengah sangat sensitif. Terdapat risiko tinggi akan berlaku aliran keluar duit besar-besaran jika CGT diumumkan untuk dilaksanakan ke atas saham di Malaysia.

capital gain tax in Malaysia

3) Cukai Alam Sekitar dan Kesihatan

Cukai-cukai seperti Cukai Soda dan Cukai Karbon, adalah cukai yang dilaksanakan bukan atas tujuan untuk mengutip cukai, tetapi untuk tidak menggalakkan rakyat/syarikat melakukan aktiviti tersebut.

Terdapat kemungkinan yang tinggi cukai-cukai sebegini akan mula dilaksanakan, namun kerajaan tidak sewajarnya memandang cukai-cukai ini sebagai sumber pendapatan yang ‘kekal’. Kerana sebaiknya apa yang diinginkan adalah hasil daripada cukai-cukai ini berkurangan, disebabkan daripada pengurangan pengambilan soda oleh rakyat dan pengeluaran karbon oleh syarikat.

Namun apabila cukai-cukai ini dilaksanakan, ianya pasti akan menjejaskan kedudukan kewangan syarikat, sekaligus menjadikan saham-saham berkaitan syarikat ini jatuh.

4) Cukai Digital

Cukai digital ini adalah cukai yang akan dikenakan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan digital, terutamanya yang berkait dengan fourth industrial revolution sekarang.

Sebagai contoh, walaupun ramai syarikat di Malaysia melakukan pengiklanan di FB dan Instagram, namun aktiviti ekonomi tersebut tidak dicukai oleh kerajaan Malaysia. Ini menjadikan hasil cukai aktiviti pengiklanan yang sepatutnya diperolehi jika dilakukan iklan konvensional, kini hilang disebabkan cukai digital masih belum berkuat kuasa di Malaysia.

Cukai digital ini adalah cukai yang akan dikenakan ke atas perkhidmataJn-perkhidmatan digital, terutamanya yang berkait dengan fourth industrial revolution sekarang.

Sebagai contoh, walaupun ramai syarikat di Malaysia melakukan pengiklanan di FB dan Instagram, namun aktiviti ekonomi tersebut tidak dicukai oleh kerajaan Malaysia. Ini menjadikan hasil cukai aktiviti pengiklanan yang sepatutnya diperolehi jika dilakukan iklan konvensional, kini hilang disebabkan cukai digital masih belum berkuat kuasa di Malaysia.

facebook ads


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini