Di dalam dunia Islam, ahli sukan yang menjadi kebanggaan Muslim sebelum ini adalah Mohamad Salah, pemain bolasepak pasukan Liverpool. Kejayaannya menjaringkan 32 gols dalam 38 perlawanan adalah satu statistik yang mengagumkan. Banyak rekod kelab dan Liga Perdana Inggeris dipecahkan dengan statistik dan angka tersebut.
Bukan itu sahaja, Mohamad Salah adalah seorang yang berpegang kuat dengan Islam. Lihatlah di setiap jaringannya. Pasti beliau akan mengangkat tangan mengekspresikan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Kelakuannya juga terkawal dalam ruang lingkup batas agama Islam. Bersolat, tidak mengambil minuman keras dan akhlak yang sopan sentiasa menjadi trademark beliau.
Sebab itulah pemain bolasepak yang berasal dari Mesir ini amat disegani oleh umat Islam terutama mereka yang tinggal di sebelah Asia Barat sana.
Namun kini, tumpuan nampaknya sudah beralih arah. Muncul wira baru dalam dunia Islam. Beliau adalah Khabib Nurmagomedov, peninju Ultimate Fighting Championship (UFC) yang berasal dari Rusia. Kini beliau dikatakan 100 kali lebih popular daripada Mohamad Salah.
Ada banyak faktor yang mendorong pengiktirafan tidak rasmi ini kepada Khabib. Keceluparan lawannya Conor McGregor yang mengkritik, mempersenda dan menghina agama Islam serta keluarga Khabib membuatkan bukan sahaja Khabib yang kepanasan, malah seluruh ummat Islam. Ia bukan hanya sekadar perlawanan tinju UFC, malah sudah menjadi sebahagian daripada isu agama Islam.
Jika kita menyorot kembali peritiwa tersebut, sebelum hari perlawanan lagi McGregor sudah menunjukkan kebiadabannya kepada Khabib. Saat beliau menghulurkan arak diiringi dengan kata-kata perlian dan hinaan kepada Khabin masih segar di ingatan.
Namun sikap Khabib yang kebanyakkannya diam dan bersabar sangat dihormati penyokongnya dan peminat sukan yang lain.
Dendam Khabib dibawa ke dalam gelanggang di hari pertarungan merebut tali pinggang lightweight di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat bebaru ini. McGregor yang berasal dari Ireland dibelasah cukup-cukup sehingga memaksa beliau mengangkat bendera putih di pusingan ke empat.
Sebaik sahaja pengadil memberhentikan perlawanan, Khabin Nurmagomedov melompat keluar dari gelanggang berpagar untuk menyerang rakan sepelatih McGregor, Dillon Danis yang dikatakan turut mencaci agamanya di luar gelanggang.
Kemenangan inilah yang melonjak tinggi nama Khabi di mata dunia. Ramai yang mengatakan bahawa provokasi keterlaluan dan penghinaan agama oleh McGregor menjadi punca fenomena ini berlaku. Kemenangan ini seperti membalas dendam terhadap McGregor. Dendam yang bukan sahaja menjadi dendam Khabib alah dendam yang dikongsi oleh seluruh dunia terutama yang beragama Islam.
Kini Khabib adalah ikon baru dalam dunia sukan dunia dan juga Islam. Syabas Khabib Nurmagomedov. Moga anda terus diiringi kejayaan dan mengharumkan semula nama Islam yang semakin dipinggirkan dengan isu Islamophobia dunia.