Ramai perokok yang beralih kepada Vape atau rokok eletronik untuk mengelakkan risiko yang datang daripada rokok. Bagi mereka Vape ini tidak bahaya dan membahayakan orang sekeliling.
Banyak fakta yang mereka bawakan untuk sahkan perbuatan mereka tersebut adalah baik.
Namun semalam satu kajian telah diterbitkan di Amerika Syarikat bahawa penghisap rokok eletronik itu sebenarnya lebih terdedah kepada risiko penyakit jantung berbanding dengan mereka yang tidak menghisapnya iaitu 34 peratus lebih tinggi.
Ini bergantung pula dengan faktor umur, jantina, indeks jisim badan, tahap kolestrol dalam darah dan penggunaan tembakau.
Kajian tersebut turut menemukan fakta bahawa perokok eletronik ini berhadapan dengan risiko penyakit arteri koronari atau salur darah dalam jantung sebanyak 25 peratus. Manakala 55 peratus penghisap Vape berkemungkinan mengalami masalah kemurungan atau kebimbangan.
Namun menurut pembantu profesor du University of Kansas, Mohinder Vindhyal, setakat ini maklumat mengenai penyakit jantung yang dikaitkan dengan rokok eletronik masih terlalu sedikit.
Walaubagaimanapun, data daripada Kajian ini perlu diambil serius dan kesedaran mengenai bahaya rokok eletronik perlu dipupuk kepada masyarakat. Data ini juga sebenarnya adalah amaran secara tidak langsung.