Umum mengetahui tentang “kemeriahan” dengan urusan jual beli di Jalan TAR pada hari minggu. Kemeriahan ini makin memuncak ketika bulan Ramadhan dan juga minggu-minggu terakhir Ramadhan.
Bermula 15 Mac depan, Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu, akan ditutup kepada semua kenderaan persendirian kecuali bas awam dan pelancongan.

Antara objektif utama penutupan jalan itu dibuat adalah bagi memberi keselesaan kepada orang awam untuk berurusan di kawasan berkenaan yang akan dijadikan tapak baharu untuk operasi bazar Ramadan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan kajian dalam talian berhubung penutupan jalan berkenaan di mana sebanyak 57 peratus pengguna laman sosial bersetuju dengan cadangan berkenaan.
Selepas ini, jalan itu akan dijadikan jalan sepanjang kira-kira satu kilometer itu sebagai `Pedestarian Mall.’
Ini bermakna laluan itu dijadikan kawasan bebas kenderaan yang mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah tanpa perlu bersesak.
Kami sudah boleh bayangkan betapa meriahnya nanti laluan itu pada bulan Ramadhan ini. Mengikut perancangan, sebanyak 250 peniaga akan di tempatkan di laluan itu sepanjang Ramadhan ini.
Namun, penempatan hanya membabitkan mereka yang memohon lesen untuk berniaga ketika Ramadan, manakala peniaga sedia ada akan dikekalkan di tapak asal.