Bunuh Isteri, Mekanik Anak 4 Dihukum Gantung Sampai Mati


Bila nafsu mula menguasai diri, segala perbuatan tidak lagi berteraskan logik dan waras fikiran. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki, apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya, antara pukul 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pada 1 Mei lalu.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai mekanik itu didakwa telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Siti Nadirah Mohd. Nazul sehari sebelum tibanya Syawal.

Menerusi prosiding di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain, pertuduhan terhadap bapa kepada empat orang anak itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin dan mahkamah menetapkan 14 Jun ini bagi sebutan semula kes dan laporan kimia.

Terdahulu, warganet kecoh dengan laporan berita mengenai seorang wanita yang dibunuh suaminya selepas didakwa mendedahkan kecurangan lelaki tersebut di media sosial. Difahamkan, mangsa dihantar ke Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya sebelum disahkan meninggal dunia.

Nota: Aduhai, anak-anak masih perlukan kasih sayang ibu bapa. Macam mana mereka nak hadapi masa depan yang mendatang.


1 komen

  1. Saya tak setuju hukuman gantung kerana. Pelaku masih ada anak.. Ini akan bermasalah yg berpanjangan dikemudian hari. Tapi hukuman tiada khilaf. Keadilan belum tentu

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini