Cara Mandi Rasulullah Yang tersebar Dalam Whatsapp… Adakah Ia Betul Sunnah Nabi?


Tidak tahu bila teks ini ditulis dan mula disebarkan. Siapa yang menulis dan mula menyebarkan pun tidak dapat dikesan. Tapi mesej ini sering dikongsi oleh rakan-rakan di dalam group whatsapp maupun secara individu. Ia tentang cara mandi Rasulullah / nabi Muhammad s.a.w.

Berikut adalah teks mesej yang kami dapat daripada salah satu group whatsapp kami:

CARA MANDI RASULULLAH SAW

Yang diajarkan oleh Baginda…

1. Bermula dari segayung siram di telapak kaki
2. Segayung di betis
3. Segayung di paha
4. Segayung di perut
5. Segayung di bahu
6. Berhentilah sejenak 5-10 saat/detik.

Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan meremang, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.

Hikmahnya:

Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi? Gelas akan retak !!!

Jika tubuh kita…. apa yang retak?

Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau kadang membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.

Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena ‘stroke’. Boleh jadi kita sering
masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.

Cara mandi ini baik bagi semua umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah. Insya Allah dpt beransur sembuh…

{ Silahkan share ilmu untuk manfaat bersama dan ganjarannya
akan tetap mengalir bagi siapapun yang mengajarkan cara mandi Rasulullah }

Kami ada membuat sedikit carian dan research di internet tentang kesahihan hadith ini setelah kami rasa tidak pernah mendengar hadith macam ni. Ternyata hasil carian kami menyatakan bahawa cara mandi Rasulullah yang disebarkan tersebut adalah tidak ada sandarannya. Maknanya tidak terdapat hadith yang seperti itu.

Salah satu pendapat kami temui dalam status Facebook Dr. Ustaz Rozaimi Ramle salah seorang pakar hadith di Malaysia.

Jika hadith tersebut tiada sandaran, bermakna hadith tersebut direka oleh orang tertentu. Hadith rekaan seperti ini adalah PALSU. Dan yang mereka-reka hadith ini berat hukumannya sepertimana hadith Rasululllah:

“Barangsiapa yang berdusta di atas namaku, maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (107)]

Penyebar hadith palsu juga termasuk di dalam golongan ini. Jadi berhati-hati jika hendak menyebarkan hadith seperti ini. Selidik dahulu baru sebar.!

Pendapat kami, amalan mandi seperti itu HARUS dilakukan. Cuma jangan kaitkan ia kepada hadith nabi. Jadi hati-hati ya sebelum sebarkan mesej seperti ini. Tabayyun dulu sebelum sebar…!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini