Cerita Budaya di Sebalik Belang Berbintik Jersi Pasukan Jepun


Kekalahan Yang Bermaruah!

Satu-satunya wakil tunggal Asia di Piala Dunia 2018 telah pun menamatkan perjuangan mereka semalam. Kekalahan Tim Jepun 2-3 kepada Belgium di saat-saat akhir bukan bermakna kisah mereka di Piala Dunia 2018 terhenti pada saat itu.

Bagi rakyat Jepun mahu pun rakyat Malaysia yang bermaustatin di Jepun, melangkah ke pusingan kedua adalah satu kejayaan pada mereka.

Untuk memperingati kejayaan ini, kami kongsikan cerita Syairir Malek yang menginap di Jepun dan bekerja dengan kerajaan Jepun, bercerita tentang budaya di sebalik belang berbintik jersi Tim Jepun

Jersi tim Jepun untuk Piala Dunia kali ini dinamakan Katsuiro, atau Warna Kemenangan/Kejayaan.

Warna biru gelap yang dipilih dipanggil Aiiro.

Pada zaman dahulu proses mewarna kain untuk menghasilkan Aiiro ini dipanggil Aizome, dan dihasilkan dengan memerap Pokok Ai utk menghasilkan warna biru gelap.

Kain berwarna Aiiro ini digunakan sebagai baju (baju dalam), di bawah perisai samurai semasa peperangan dahulu. Tetapi tak semua samurai guna ya.

Warna ini dipilih untuk mengingatkan pemain Jepun bahawa mereka keluar bukan sahaja untuk bermain bola, tetapi mereka adalah samurai Jepun di medan perang.

Pastinya ramai yang perasan belang berbintik di jersi Jepun.

Sekali tengok memang pelik. Kenapa buat belang berbintik? Kenapa tak guna corak belang sahaja? Kalau nak bintik sahaja, corak Polka Dots lagi comel kan.

Sebenarnya, motif belang berbintik ini berasal dari seni jahitan tradisional Jepun yg di panggil Sashiko.

Sashiko ini pada zaman dahulu adalah teknik menjahit untuk menghubungkan cebisan-cebisan kain.

Sekarang pun kanak-kanak di sekolah rendah yang mengambil kelas kemahiran hidup akan belajar teknik sashiko ni.

Motif sashiko ini dipilih dengan harapan supaya, seperti cebisan-cebisan kain yg disatukan oleh Sashiko dahulu, hati dan semangat semua pemain Jepun juga dapat disatukan.

Inilah sedikit sebanyak cerita disebalik Jersi Jepun dan harapnya kita sendiri pun tidak lupa dan boleh ambil pengajaran, walaupun sejauh mana kita mara dan berjaya, jangan dilupa asal usul kita.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini