Sedia maklu, syarikat pengeluar beg udara Takata telah mengakui bahawa wujudnya kekurangan pada produk beg udara mereka yang buat masa ini telah dikatakan menjadi antara penyebab kepada enam kes kehilangan nyawa di seluruh dunia. Di Malaysia, sekurang-kurangnya satu nyawa telah terkorban akibat masalah pada penggunaan beg udara Takata.
Pihak berkuasa Malaysia mengambil berat tentang isu ini.
Sebelum ini, Takata telah bersetuju untuk memulakan proses ‘national recall’ atau panggilan semula beg-beg udara yang mungkin terlibat dengan masalah ini. Antara syarikat-syarikat pengeluar kereta yang menggunakan produk Takataadalah BMW, Chrysler, Daimler (trak), Ford, General Motors, Honda, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Subaru dan Toyota. Dianggatkan sekitar 34 juta kenderaan di seluruh dunia terlibat dengan isu ini.
Terkini, pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda di Malaysia yang terlibat dengan penukaran beg udara, Takata, digesa untuk berbuat demikian atau bakal berhadapan dengan tindakan senarai hitam.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan telah meminta syarikat kenderaan terbabit untuk menghantar surat peringatan akhir kepada pemilik kenderaan dalam tempoh dua minggu.
Pemilik kenderaan yang masih tidak menghiraukan surat peringatan tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menghantar notis untuk dipanggil memberi penjelasan dan bakal berdepan dengan tindakan senarai hitam.
Sebanyak 408,551 pucuk surat peringatan telah dihantar kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat dengan menelan belanja hampir RM1 juta sejak 26 Jun lalu.
Namun setakat ini hanya 70,853 bilangan kenderaan atau kira-kira 17 peratus telah dihantar ke bengkel syarikat pengeluar dan selesai urusan penukaran beg udara.
Bagi pengeluar kenderaan lain termasuk BMW, Mitsubishi, Nissan dan Toyota yang masih gagal mendapatkan stok beg udara yang mencukupi, mereka diberi tempoh sehingga dua bulan untuk berbuat demikian.
Alasan seperti masalah pengangkutan termasuk masalah untuk mendapatkan stok dari Jepun, namun mereka menjangkakan kesemua stok akan sampai menjelang akhir November ini.
Jadi, anda dah periksa kenderaan anda? Jika terlibat, pastikan tindakan menukar diambil dengan kadar segera ya.