Asal Usul Konsep Ibu Kota Buku Sedunia

Kejayaan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, yang dilancarkan pada tahun 1996, menggalakkan UNESCO untuk membangunkan konsep World Capital Capital Book dengan lebih serius. Ia telah memilih Madrid sebagai ibu kota untuk tahun 2001. Ini sekali lagi membuahkan kejayaan, dan dengan itu Persidangan Umum UNESCO telah memutuskan untuk menjadikan penamaan sebuah Ibu Kota Buku Sedunia (World Capital Capital Book) sebagai acara tahunan.

UNESCO menjemput Persatuan Penerbit Antarabangsa, Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa dan Persekutuan Penjual Buku Antarabangsa untuk mengambil bahagian dalam proses pencalonan, untuk memastikan tiga cabang utama industri buku boleh mengambil bahagian dalam keputusan tersebut.

Ibu Kota Buku Sedunia 2020

kredit: ms.wikipedia.org

Kuala Lumpur dinamakan Ibu Kota Buku Dunia bagi tahun 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Pengumuman itu dibuat menerusi akaun twitter mereka hari ini.
Menurut kenyataan UNESCO dalam laman sesawangnya, ibu negara Malaysia dipilih berikutan fokus yang kukuh terhadap pendidikan terangkum, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan pembacaan yang boleh diakses oleh semua peringkat penduduk di bandar raya berkenaan.

Permohonan bandaraya Kuala Lumpur diterima oleh sebuah Jawatankuasa Penasihat, terdiri daripada wakil Persatuan Penerbit Antarabangsa (IPA), Persekutuan Persatuan Perpustakaan Antarabangsa (IFLA) dan UNESCO. Bandar raya yang dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh UNESCO akan berusaha untuk mempromosikan buku dan pembacaan serta menganjurkan aktiviti sepanjang tahun.

Kuala Lumpur adalah bandar raya ke-20 memenangi gelaran itu sejak 2001.

harapan kita agar dengan anugerah ini Malaysia akan lebih fokus daam menggalakkan rakyatnya menjadikan mambaca sebagai satu budaya

Pemenang sebelum ini termasuk Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Anvers (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogota (2007), Amsterdam (2008), Beirut (2009), Ljubljana (2010), Buenos Aires (2011), Erevan (2012), Bangkok (2013), Port Harcourt (2014), Incheon (2015), Wroclaw (2016), Conakry (2017), Sharjah (2019), dan Athens (2018).

Baca juga  Kenapa Masyarakat Cina Membakar Mercun Tengah-tengah Malam?

Tahun sambutan akan bermula pada 23 April 2020, pada Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa slogan “KL Baca – penjagaan menerusi pembacaan”, akan memberi tumpuan kepada empat tema: pembacaan dalam semua bentuknya; pembangunan infrastruktur industri buku; kebolehcapaian digital dan inklusif; dan pemberdayaan kanak-kanak menerusi pembacaan.

Antara acara dan aktiviti lain termasuk pembinaan sebuah bandar buku (Kompleks Kota Buku), kempen membaca bagi penumpang kereta api, meningkatkan perkhidmatan digital dan kebolehcapaian oleh Perpustakaan Negara Malaysia bagi golongan kurang upaya, dan perkhidmatan digital baharu bagi perpustakaan di 12 buah perpustakaan di kawasan perumahan miskin di Kuala Lumpur.

Program hebat bagi Ibu Kota Buku Dunia ini dihubungkan dengan Wawasan 2020 bagi Kuala Lumpur dan projek eko-bandar raya dikenali sebagai River of Life dengan menempatkan kedai buku dan perpustakaan terbuka berhampiran laluan air yang baru dibaik pulih di bandar raya berkenaan,” menurut kenyatan itu.

Pada pandangan kami, Malaysia khususnya Kuala Lumpur amat beruntung mendapat anugerah ini kerana melaluinya pelbagai perkara meliputi pelbagai industri akan mendapat manfaat darinya.

Antara industri negara yang paling banyak mendapat manfaat adalah pelancongan di mana pelbagai aktiviti akan diadakan untuk menarik pelancong baik dari luar maupun dari dalam negara sendiri.

Sudah pasti Malaysia akan menjadi tumpuan dunia dan ini akan menambahkan jumlah pelancong daripada luar.

Dan yang bagusnya, walaupun Tahun sambutan akan bermula pada 23 April 2020, aktiviti dan fokus pastinya akan bermula daripada sekarang.

Ini seterusnya akan meningkatkan ekonomi rakyat dan negara dengan wujudnya peluang pekerjaan kearah merealisasikan Ibu Kota Buku Dunia 2020.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini