Skandal 1MDB ialah skandal yang melibatkan kerajaan Malaysia telah termaktub di dalam sejarah sebagai skandal terbesar seumpama itu pernah berlaku. Ia juga menjadi salah satu punca utama tampuk pemerintahan Barisan Nasional runtuh dan digantikan dengan Pakatan Harapan.
Jika tidak kerana jatuhnya UMNO dan Barisan Nasional mungkin skandal 1MDB belum dapat dirungkai sehingga kini. Penyiasatan tentang skandal tersebut dibuka semula di bawah kerajaan PH di mana bberapa individu telah ditahan dan disoal siasat. Namun orang yang paling dikehendaki dalam kes ini iaitu Jho Teak Low ataupun Jho Low masih bebas.
Billion Dollar Whale

Berikutan daripada itu satu buku telah dihasilkan tentang skandal yang mendapat perhatian seluruh dunia ini. Buku yang ditulis oleh wartawan Wall Street Journal Tom Wright dan Bradley Hope, telah dijual di kedai-kedai buku utama Lembah Klang.
Buku ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai yang ingin mengetahui secara lebih dekat tentang kes 1MDB. Namun salinan buku ini dalam versi PDF yang diedarkan melalui media sosial baru-baru ini sedikit merencatkan jualan buku tersebut..
Walau bagaimanapun, Wright menggesa orang ramai supaya menghentikan percubaan itu dan menegaskan bahawa syarikat penerbitan buku boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menyebarkan salinan itu kerana ia mempunyai jejak digital tertanam.
6 pendedahan buku ‘Billion Dollar Whale’ tentang Jho Low
sementara menunggu untuk anda dapatkan sendiri buku tersebut, berikut adalah enam pendedahan dari buku ‘Billion Dollar Whale’:
1. Dipercayai bahawa Jho Low telah menjalankan skandal 1MDB ini dari belakang tabir tanpa pengetahuan penuh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Dengan berlalunya masa dan penyelidikan yang lebih mendalam telah dilakukan, jelas bahawa ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu adalah satu-satunya yang mempunyai pandangan “360 darjah” apa yang sedang berlaku.
“Beliau mempunyai perdana menteri sebagai pelindung. Dia menjalankan dana yang mempunyai lebih banyak wang daripada kombinasi hedge fund nilai ekuiti persendirian jika digabungkan. Lelaki ini menjalankannya dari belakang tabir, dia mempunyai pelindung. Bila seseorang berurusan dengan duit seperti ini, orang tidak bertanya, memang tiada compliance (pematuhan) di sini, “kata wartawan Wall Street Jurnal di Squawk Box, program CNBC AS.
2. Najib sebenarnya tahu apa yang sedang berlaku dengan skandal itu – sedikit sebanyak
Walaupun ahli kewangan dalam buruan Jho Low ini didakwa menjalankan urusan itu, Wright menambah bahawa dia juga tidak fikir Najib benar-benar tidak bersalah dalam skandal itu.
Menurut Wright, mantan perdana menteri tahu wang itu adalah “dana politik”, dan mereka mendapat beratus-ratus juta dolar untuk Umno. Ahli keluarganya mendapat rumah-rumah besar, dan menjalankan syarikat-syarikat filem yang dilihat Najib sebagai faedah menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.
“Jelas Korup. Bukan nak kata tidak korup. Tapi adakah Najib tahu bahawa Jho Low telah menjalankan dana dengan cara mengambil USD4.5 bilion (RM18.6 bilion), USD5 bilion, mungkin USD6 bilion dolar? Saya tidak rasa dia tahu, “kata Wright, kepada New Straits Times.
“Saya rasa dia (Najib) telah diasingkan dari urusan harian yang mana dilakukan oleh Jho Low,” katanya lagi.
3. Mesej WhatsApp mendedahkan bahawa Jho Low didakwa mencuri berbilion ringgit dan mengarahkannya ke akaun bank Najib
New Straits Times melaporkan Wright sebagai berkata bahawa Low adalah “tuan boneka” dan dialah yang bertanggungjawab menyelaraskan pemindahan USD681 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun bank Najib.
Menurut buku itu, Low mencuri sekurang-kurangnya USD5 bilion (RM20.7 bilion) daripada 1MDB.
“Saya rasa apabila kita berjaya mendapat mesej WhatsApp antara Jho Low dan beberapa orang, termasuk pegawai bank di bank-bank Malaysia, jelas didapati beliaulah yang mengarahkan mereka untuk melakukan itu dan ini dengan wang tersebut, memindahkan wang ke akaun perdana menteri, dari akaunnya.
“Anda dapat lihat melalui mesej WhatsApp bahawa dia adalah pemain bonekanya… dia yang memberitahu bank bahawa USD680 juta (RM2.6 bilion) akan tiba dari luar negara,” kata Wright.
Penulis mendakwa dalam tweetnya pada 18 September lalu bahawa Low menyalurkan wang 1MDB untuk menghasilkan filem “The Wolf of Wall Street”, untuk membeli karya seni, hartanah, syarikat, saham hedge fund, dan sebuah hotel Manhattan untuk diubah menjadi pangsapuri mewah.
4. Seseorang yang rapat dengan Jho Low telah merujuknya sebagai “spektrum autisme”
Apabila Wright dan Hope melakukan lebih banyak laporan, akhirnya mereka mendapat banyak akses kepada orang-orang yang bersama dengan Jho Low.
“Saya bukan seorang pakar perubatan, tetapi seorang yang dekat dengannya merujuknya sebagai ‘spektrum autisme’,” kata Wright semasa temubual.
“Perkara-perkara seperti membeli banyak kasut, tidak dapat memberi tumpuan, berada di pelbagai peranti, keupayaan untuk mengingati nombor ke titik perpuluhan, tetapi dalam beberapa perkara dia (Low) tidak dapat membuat pertimbangan,” tambahnya.
5. Hope berharap ada pengajaran penting untuk dipelajari dari skandal 1MDB
“Bersama kes ini ada bendera merah yang mudah diikuti orang. Bersama kes ini ada juruaudit yang boleh pergi sedikit lagi dan dapat melihat ada fiksyen yang sedang menutup perkara-perkara ini,” kata Hope pada program tersebut.
Jho Low kini mempunyai waran tangkap yang dikeluarkankan oleh polis Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung peranannya dalam skandal 1MDB.
6. Jho Low telah cuba menghentikan penjualan buku itu melalui peguamnya sejak pelancarannya
The Guardian melaporkan bahawa peguam Low telah menghantar surat ancaman ke kedai buku di seluruh dunia untuk menghalang pengedaran buku tersebut.
Dalam laporan itu, peguam libelnya yang berpangkalan di London mendakwa bahawa “tuduhan di dalam buku itu bersifat fitnah dan tidak benar” dan berjaya menghalang pengedaran buku itu di UK.
Walau bagaimanapun, buku itu telah mendapat ulasan positif di Amerika Syarikat walaupun sebelum dilancarkan.
Siapa yang dah ada naskhah buku ni? Kalau ada boleh kongsi apa yang anda baca di ruangan komen jika sudi…
Panas buku ni dalam socmed. Setakat ni kita duduk diam dahulu nantikan review/ulasan buku ini 😀