Selepas ini Anda Mungkin Melihat X-Men dan Fantastic Four di dalam Filem Avengers…!

sequel Fantastic Four yang ini dikritik hebat kerana kelemahannya yang terdapat dari pelbagai sudut

Akhir tahun lalu, Disney mendedahkan pelan berbilion dolar untuk membeli majoriti aset Fox, filem, dan rancangan TV kepunyaannya. Rancangan ini nyaris digagalkan oleh Comcast, saingan kepada Disney untuk mengambil alih Fox. Akan tetapi keputusan Comcast untuk menarik diri baru-baru ini membuka kembali jalan untuk kemenangan Disney. Sekarang, pemegang saham Fox telah meluluskan tawaran $71 bilion Disney, dan penggabungan tersebut telah di diumumkan secara rasmi.

Melalui CNBC, perjanjian Disney dan Fox yang sekian lama ditunggu-tunggu telah turut mendapat persetujuan bersyarat dari kerajaan juga. Cuma penggabungan ini pasti tidak akan mengambil masa yang sekejap.

Dengan kata lain, jangan harap X-Men dan Fantastic Four (2 filem hebat yang haknya dipunyai oleh 20th Century Fox) tiba-tiba membuat kemunculan dalam Avengers 4. Walaupun kalau boleh kita memang mahukan begitu. Banyak perkara selepas penggabungan yang perlu mereka perkemaskan seperti penubuhan kesatuan untuk kedua-duanya. Di masa hadapan, ia mungkin satu kenyatan. Untuk itu peminat-peminat hanya perlu bersabar.

Menurut laporan terbaru, Disney dan Fox memerlukan beberapa bulan untuk menggabungkan operasi dan memuktamadkan penggabungan itu. Syarikat gabungan itu dijangka akan menguasai box office. Disney sahaja contohnya sudah mempunyai Marvel, Pixar, dan Lucasfilm yang menguatkan barisan filemnya sendiri. Fox juga merupakan salah satu studio terbesar di Hollywood, dan hasil gabungannya dengan Disney akan memberi mereka lebih banyak leverage ke atas pengguna dan pencipta.

Seperkara lagi yang perlu dilihat, Disney melancarkan perkhidmatan penstrimannya sendiri tahun depan, dan “perpustakaan” rancangan TV dan filem Fox, mungkin akan menjadi sebahagian daripada itu juga. Di bawah perjanjian itu, Disney dan Fox kini memiliki kepentingan kawalan dalam Hulu, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan streamingnya yang tersendiri, di mana penonton boleh menonton rancangan TV dan filem secara online. Saham Hulu yang selebihnya dipegang oleh saingan mereka, Comcast. Kami sangat teruja menunggu semua ini direalisasikan.

Sebenarnya susah juga jika hak menerbitkan segala yang berkaitan dengan superheroes dipunyai oleh syarikat yang berlainan. Ini adalah kerana jika mengikut komik, ada antara watak-watak superheroes tersebut muncul di dalam filem yang haknya dipunyai oleh syarikat yang berlainan. Contohnya watak Wanda (Scarlett Witch) dan Pietro (Quicksilver). Kedua-dua pasangan kembar ini muncul dalam X-Men (Fox) dan The Avengers: Age of Ultron (Marvel). Jadi mereka terpaksa membuat perjanjian sisi yang lain dan Fox telah mendapat hak di atas perkataan “Mutant”.

Ini bermakna Fox telah berjaya menghalang Marvel daripada menggunakan perkataan “mutant”.Sebab itulah di dalam Avengers Age of Ultron, watak Sacrlett Witch dan Quicksilver terpaksa diolah dengan menggambarkan mereka mendapat kuasa sedemikian rupa hasil penyelidikan Hydra. Dan ia ada bersangkut paut dengan infinity stone. Sedangkan kembar Wanda dan Pietro adalah adalah mutant, anak kepada mutant yang hebat dan dapat mengawal kuasa magnet, iaitu Magneto.

Untuk lebih memahamkan pembaca yang budiman yang bukan kaki movie, eloklah kami senaraikan cerita superheroes berdasarkan syarikat yang mempunyai hak ke atasnya:

Marvel Studios

  1. Avengers (dan filem anggota Avengers masing-masing)
  2. Namor

20th Centory Fox

  1. Fantastic Four
  2. X-Men
  3. Wolverine
  4. Deadpool
  5. Silver Surfer
  6. Galactus

Sony Pictures / Marvel

  1. Spider Man

Jadi anda rasa macam mana dengan penggabungan ini? Bagi peminat komik Marvel pasti mereka tak sabar untuk melihat sejauh mana penggabungan ini akan melahirkan filem yang lebih hebat. Bukan seperti Fantastic Four yang sangat lemah garapan ceritanya yang diberi rating yang agak rendah oleh kebanyakan peminat filem Marvel.

[caption id="attachment_1246" align="alignnone" width="1200"] filem sequel ke-2 Fantastic Four ini mendapat kecaman daripada banyak pihak akibat mutunya yang tidak mencapai standard

Watak Wolverine juga dikritik oleh peminat setia komik Marvel. Mereka berpendapat watak Wolverine yang dipegang oleh Hugh Jackman tidak mencapai standard watak Wolverine yang sebenar yang sangat kasar dan ganas.

Jadi harapannya, dengan penggabungan dua gergasi besar dalam dunia perfileman itu, watak-watak superheroes dapat diperkemaskan lagi. Biar filem-filem seperti X-Men, Fantastic Four dan lain-lain kembali disukai oleh peminat.

 

Nota kaki:

Teringat beberapa tahun yang lepas, Genting Highland ada mengumumkan bahawa mereka telah menandatangai satu perjanjian untuk membina tema “outdoor” 20th Century Fox. Diharap dengan penggabungan ini, ia tidak memberi kesan kepada pembinaan taman tema tersebut yang sudah hampir siap.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini