Sebelum Ranking FIFA Merudum Bertambah Teruk, Ini Langkah FAM Kena Buat Segera…!


Tidak banyak kemajuan yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak kebangsaan, Harimau Malaya sejak sekian lama. Pasukan yang dulunya digeruni oleh negara serantau malah pada suatu ketika dahulu lebih kuat negara Jepun dan Korea Selatan, kini tampak semakin terperosok ranking dunianya. Lihatlah di mana kta sekarang?

Sekarang, jika nak dibandingkan dengan pasukan Asia seperti Jepun dan Korea Selatan, kita memang sudah jauh ketinggalan. Mereka sudah menjejakkan kaki secara “regular” di pentas Piala Dunia, sedangkan kita masih terhegeh-hegeh mencari rentak. Mungkin ada yang mengatakan itu masih boleh diterima kerana mereka adalah gergasi bolasepak Asia itu.

Tetapi apa alasan yang diberi jika negara yang dulunya menjadi pasukan belasahan Harimau Malaya seperti Singapura, Philipina, Vietnam, Thailand, Laos dan lain-lain pasukan Asia Tenggara mempunyai ranking yang lebih baik daripada Malaysia? Persoalannya lagi, sampai bila kita terus tidak mahu bertindak segera demi memperbaki ranking bolasepak kita?

Ya.. Banyak usaha juga yang telah dibuat. Jika dulunya kita “takut” untuk menukar presiden FAM, kita dah pun berani tukar. Banyak juga usaha yang telah dibuat sebenarnya. Kami tahu walaupun tidak dapat membilang secara jelas satu persatu usaha tersebut. Kebanyakannya adalah pelan jangka masa panjang. Memang ianya perlu demi untuk membekalkan tenaga muda yang berkemahiran tinggi dalam bolasepak sebagai pelapis di masa akan datang.

Namun rakyat Malaysia mahukan keputusan yang segera. Ini adalah untuk mengangkat martabat bolasepak kita di mata dunia. Bolasepak kita mestilah gah. Jika tidak di mata dunia sekalipun, biarlah ia gah di kalangan negara-negara Asia. Yang lebih penting ia mestilah dipandang tinggi oleh orang kita sendiri demi untuk mewujudkan semangat tinggi rakyat dalam sukan ini.

Ini semua boleh dicapai dengan menaikkan ranking bolasepak dunia (ranking FIFA). Macamana nak naikkan dengan segera? Kemenangan demi kemenangan segera perlu diraih. Macamana nakkan kemenangan yang segera, tindakan segera perlu dimbil oleh pengurusan yang bertanggugjawab.

Pemain Naturalisasi

Salah satu cara untuk mendapat keputusan segera ialah menyerapkan pemain “Naturalisasi” ke dalam pasukan negara.

Siapakah pemain nauralisasi ini?

Di bawah peraturan FIFA, pemain perlu mempunyai pertalian darah dengan negara yang mahu diwakilinya, sama ada ibu bapa atau nenek dan datuk mereka dilahirkan di negara itu. Pemain ini diberi kerakyatan dan dijemput bermain untuk negara.

Banyak negara jiran kita telah mengambil langkah ini. Lihat sahaja Singapura, Philipina, dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Mereka telah memulakan langkah ini dan hasilnya sekarang ranking mereka telah mengatasi kita. Ambil contoh Singapura. Mereka memenangi Piala Suzuki AFF 2012 dengan pemain asing dan Filipina mengikut jejak mereka sekarang dan semakin dekat untuk layak ke Piala Asia.

Sebenarnya sudah lama perkara ini dibincangkan. Kalau tak silap, sejak 5 tahun lepas. Namun keputusan belum lagi dibuat. Sampai bila baru nak buat keputusan? Sampai ranking negara semakin merudum?

Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad memberi indikasi positif susulan cadangan mengambil pemain naturalisasi bagi skuad bola sepak kebangsaan. Cuma Tun M memberi syarat supaya jangan kesemua pemain dalam satu pasukan diambil daripada pemain naturalisasi. Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohamad Amin mengakui cadangan mengambil pemain dari luar negara yang diberikan kerakyatan merupakan antara salah satu mekanisme dalam usaha menambah baik prestasi skuad kebangsaan.

Jadi tunggu apa lagi… Ayuh..! buat keputusan segera.

Kita sebenarnya dah ada ramai pemain naturalisasi ini. Mereka ini menjadi tonggak penting dalam pasukan negeri di Liga Malaysia. Ketua Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe pasti gembira jika keputusan ini diluluskan.

Ini adalah antara senarai pemain yang mempunyai status pemain naturalisasi yang sedang bermain di liga M sekarang:

  1. Sam Somerville – penjaga Gol (JDT)
  2. Kiko Insa – pertahanan (Melaka)
  3. Khair Jones – pertahanan (Melaka)
  4. Daniel Ting – pertahanan (PKNS FC)
  5. Matthew Davies – pertahanan (Pahang)
  6. Corbin-Ong – pertahanan (JDT)
  7. Natxo Insa – tengah (JDT)
  8. Brendan Gan – Tengah (Perak)
  9. Curran Ferns – tengah (FELDA United)
  10. Stuart Wark – tengah (FELDA United)
  11. Darren Lok – penyerang (JDT) 

Simpanan

Nick Swirad (Melaka
Shazalee Ramlee (Sarawak)
Kevin Gunter (tiada pasukan)

Daripada 14 pemain berkenaan, hanya Davies (14 kap), Darren (9), Brendan (8), Kiko Insa (6), Khair (4) pernah menyarung jersi Harimau Malaya. Brendan adalah pemain naturalisasi pertama dipanggil mewakili Malaysia ketika Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Tak perlulah ambil semua pemain naturalisasi. Serapkan pemain yang betul-betul berada di prestasi kemuncak. Campurkan dan serasikan dengan pemain tempatan yang benar-benar berbakat.

Oh Malaysiaku. Jangan berlengah lagi. Buat keputusan segera. Kami tagih kejayaan…! Kembalikan kegemilangan kita suatu ketika dahulu..!

“Jika kita berterusan kalah, generasi muda akan melupakan bola sepak dan kita tidak akan dapat membentuk pemain tempatan berkualiti. Sebab itu kita perlukan pemain naturalisasi untuk membentuk skuad kebangsaan yang mantap.
“Orang tidak peduli sama ada mereka pemain tempatan atau naturalisasi kerana apa yang mereka lihat ialah pemain Malaysia dalam jersi Malaysia,”
~ B. Sathianathan (bekas ketua jurulatih Malaysia)


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini