Selepas pengumuman harga rokok naik oleh JTI Malaysia, kini, satu tindakan oleh Kementerian Kesihatan sebagai satu inisiatif untuk melindungi orang awam dari bahaya asap rokok sedang dipertimbangkan. Inisiatif ini adalah pelaksanaan larangan merokok di semua premis makanan di Malaysia termasuk premis makanan terbuka berkuatkuasa Disember ini.

Menurut Dr. Lee Boon Chye,Timbalan Menteri Kesihatan,  Kementerian Kesihatan masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa pihak berkepentingan berhubung cadangan berkenaan.

Seta­­kat ini di bawah Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk pusat hiburan, teater (kecuali pub, disko, kelab malam dan kasino), dalam lif atau tandas awam, tempat makan berhawa di­ngin, dalam kenderaan awam atau hentian awam, lapangan terbang, kawasan premis kerajaan dan kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/restoran-terbuka-parlimen-kawasan-larangan-merokok-1.742579#ixzz5QKsMeCXc
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ini merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan bagi memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.

“Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau dan mematuhi panduan di bawah Artikel 8, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).”

kawsan larangan merokok
Kredit: The Star

Denda RM10,000 Dan Penjara Tidak Lebih 2 Tahun

Kami sangat bersetujuan dengan penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam sebegini. Cadangan denda oleh Kementerian Kesihatan sekiranya peraturan ini tidak dipatuhi adalah RM10,000 dan penjara tidak lebih 2 tahun.

Baca juga  Mengidam nasi lemak air asia. Suami ini terkejut dengan reaksi ramai netizen.

Ini adalah cara terbaik sebagai tindakan bantahan oleh golongan minoriti yang tidak berani untuk menyuarakan kerimasan mereka semasa menjamu selera bersama keluarga di restoran terbuka. Ini adalah masanya untuk masyarakat bersuara.

Ini adalah waktu terbaik untuk kita menyampaikan bantahan secara terbuka.

Selepas ini, bolehlah terus melaporkan tindakan perokok yang masih berdegil menghembus rokok di tempat awam.

Lebih menarik apabila Boon Chye turut mencadangkan bilik merokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok.

Diharapkan dengan penguatkuasaan ini, masyarakat lebih peka dengan kepentingan udara yang bebas asap rokok demi kepentingan kesihatan diri.

Akhirnya suara majoriti rakyat Malaysia untuk menikmati santapan di premis makanan tanpa gangguan asap rokok di dengari!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini