Astro yang merupakan syarikat penyiar berbayar mengalami kejatuhan keuntungan yang tinggi iaitu sebanyak 93% menurut laporan kewangan suku tahun kedua.
Ini mungkin disebabkan semakin ramai pelanggan astro yang menamatkan langganan sebaik tamat kempen Piala Dunia 2018 yang lalu. Penurunan kadar untung ini juga turut dikaitkan dengan nilai matawang Ringgit yang sedikit lemah.
Untuk perbandingan, Astro berjaya mencatat jumlah keuntungan sebanyak RM246.3 juta pada suku tahun kedua tahun lalu sebelum jatuh 93% pada tahun ini dengan jumlah keuntungan sebanyak RM16.58 juta sahaja. Ketara perbezaannya bukan?
Astro perlu mengambil langkah proaktif bagi memikat semula minat pelanggan yang semakin bosan dengan servis yang diberikan.
Mengambil kira faktor ekonomi semasa, yuran langganan mungkin menjadi faktor utama yang membebankan pengguna serta tayangan astro yang sering berulang.
Mungkin ini yang perlu diberi perhatian oleh pihak astro selain menyediakan tayangan yang lebih berkualiti dan memenuhi citarasa pelanggan.