Bagi mereka yang berkunjung ke bandar Melaka, pasti akan tertarik dengan keunikan beca yang dikayuh oleh pengayuh beca dengan kudrat diri sendiri.
Menggunakan servis beca konvensional ini merupakan cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati panorama bandar Melaka sambil duduk berehat di atas beca. Beca di bandar Melaka dihias mengikut kreativiti pemilik beca masing-masing. Ada yang menghiaskan beca mereka dengan tema Upin-Ipin, Minion, Ironman dan pelbagai lagi.
Beca ini akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini dengan sewaan mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di Bangunan Stadthuys dan Bandar Hilir (berdekatan Menara Tamingsari).
Keunikan beca ini bukan sahaja pada warnanya yang lebih menarik untuk klikan kamera, tapi beca Melaka akan mula membuat anak-anak tersenyum.
Serius, sekiranya anda ke sini, jangan lepaskan peluang naik beca. Kalau nak lebih sejuk dan seronok, naiklah pada waktu malam, cuma peluang bergambar tidaklah sebaik waktu siang.
Kami sempat berbual dengan abang pengayuh basikal semasa menggunakan servis beliau pada hari cuti kemerdekaan lepas. Sebelum ini, anak muda tidak menyukai kerja sebegini. Kerja tidak glamer. Malu dengan orang. Tetapi tidak lagi pada hari ini.
Di sekitar bandar Melaka terdapat lebih kurang 300 pengayuh beca. Majoriti anak muda. Mereka tidak malu untuk mengayuh beca dengan kos bermula RM25 untuk satu trip. Dari Menara Taming Sari ke Kota A Famosa kemudian ke laluan Jonker Street dan kembali ke tempat permulaan. Masa diambil sekitar 30 minit untuk satu perjalanan.
Kerja Tidak Glamer, Pendapatan Lumayan
Pengayuh beca seperti peniaga lain yang bekerja sendiri. Disipilin diri amat penting. Ada menetapkan target setiap hari untuk mencari pelanggan. Ada yang tetapkan 1 pelanggan atau trip setiap hari. Bekerja untuk 20 hari selama satu bulan. RM25 x 10trip x 20 hari bersama RM5000, pendapatan mereka selama sebulan. Mereka juga berpotensi untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan dalam masa sehari sekiranya bekerja lebih. Lumayan bukan?
Tetapi, berapa ramai yang tidak malu untuk melakukan kerja sebegini? Tidak ramai. Kerjaya bukan pilihan tetapi mampu meraih pendapat lumayan.
Mungkin ini boleh dijadikan sumber inspirasi kepada para penganggur yang hanya menunggu keputusan temuduga sambil goyang kaki di rumah?