Pengurangan kadar tol Lebuhraya Plus Malaysia Bhd (PLUS) sebanyak 18 peratus telah pun berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam, 1 Februari 2020.
Kadar Tol Turun 18%.
Diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus tersebut diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi di Lebuhraya Utara Selatan termasuk Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Butterworth–Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang.

Walaupun tak dapat nak hapuskan tol, pengurangan harga tol pun sudah cukup gembira buat kami semua. Konsepnya, hendaklah sentiasa bersyukur. Kita raikan ini terlebih dahulu. Pada masa mendatang kita minta sesuatu yang lebih baik!
Kadar Tol Kekal Sehingga Tahun 2058.
Kadar tol untuk kenderaan komersial akan terus kekal pada kadar tol semasa tanpa peningkatan sehingga tamat tempoh konsesi. Ini berikutan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri untuk menstrukturkan semula konsesi PLUS bagi memberikan penjimatan sebanyak RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi baharu sehingga 2058. Wow!
Pihak kerajaan yakin keputusan itu akan memberi banyak manfaat melalui pengurangan beban kadar tol dan pada masa sama membolehkan PLUS untuk terus beroperasi dengan kedudukan kewangan yang baik.
Kerajaan juga tidak lagi akan menanggung beban membayar pampasan kepada PLUS yang bakal menjimatkan RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi itu sekali gus penjimatan itu boleh digunakan oleh kerajaan untuk inisiatif yang menguntungkan rakyat.
Kami berharap dengan penurunan kadar tol PLUS ini, tidak akan menambahkan lagi kadar kesesakan yang sentiasa berlalu di Lebuhraya Utara-Selatan ini.
Penat aih bayar tol tapi sesak!