Peria atau nama saintifiknya Momordica Charantia, sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia.

Sejak zaman berzaman, buah peria telah pun dijadikan penawar semula jadi dalam merawat diabetes. Di China, pakar perubatan tradisional telah menggunakan buah peria sebagai salah satu alternatif dalam rawatan bagi penyakit asthma dan permasalah haid bagi kaum wanita yang mengalami kelewatan.

Seorang pakar perubatan dari England telah menjalankan satu penyelidikan dalam mencari kepastian tentang manfaat peria secara saintifik. Hasil kajian tersebut telah menemukan bahawa buah peria mengandungi kandungan hypoglycemic atau insulin semula jadi di dalamnya. Justeru, mereka menghasilkan plantinsulin yang berfungsi menurunkan kadar gula dalam darah dan air kencing pesakit diabetes secara semula jadi.

Kandungan Nutrien Peria Katak

Buah peria ini mengandungi kandungan nutrien penting yang tinggi. Satu cawan iaitu bersamaan 94 gram peria pahit mentah akan memberikan anda:

  • Kalori: 20
  • Karbohidrat: 4 gram
  • Serat: 2 gram
  • Vitamin C: 93% daripada RDI
  • Vitamin A: 44% daripada RDI
  • Folat: 17% daripada RDI
  • Kalium: 8% daripada RDI
  • Zink: 5% daripada RDI
  • Zat besi: 4% daripada RDI

Penyelidik mendapati peria memberi kesan hipoglisemik dan bertindak menurunkan paras gula dalam darah.

Cara paling mudah membantu merawat diabetes adalah dengan mengambil jus peria setiap pagi.

Bagi mengurangkan rasa pahit, peria boleh dicampurkan dengan epal hijau dan oren.

Cara Penyediaan Jus Peria Katak

Cara penyediaannya ialah anda hanya perlu potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya. Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur. Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut. Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.

Selain mempunyai sifat anti-diabetik, peria katak juga kaya dengan potassium yang bertindak balas dengan sodium (garam) di dalam badan. Garam adalah salah satu punca tekanan darah tinggi yang juga antara pembunuh dalam senyap di kalangan masyarakat pada hari ini.

Bukti Saintifik dan Kajian Berkaitan Manfaat Peria

Dalam membuktikan dan menilai tahap keberkesanan buah peria dalam merawat diabetes, terdapat beberapa kajian klinikal telah dijalankan oleh beberapa pakar berubat seluruh dunia.

Pada tahun 2007, satu kajian klinikal telah diterbitkan dalam satu journal perubatan berjudul ‘Journal of Clinical Epidemiology. Walau bagaimanapun, hasil kajian gagal membuktikan sebarang manfaat peria dalam merawat diabetes dan mengawal diabetes jenis 2. Pada tahun kedua berikutnya, satu kajian klinikal juga telah dilakukan dan dilaporkan dalam British Journal of Nutrition.

Baca juga  Kalau Ada Orang Minta Orderkan Grab, Jangan Order!

Kajian telah memetik bahawa pakar memerlukan lebih banyak kajian klinikal bagi memastikan dan membuktikan peranan buah-buahan tertentu dalam merawat diabetes.

Dalam kajian lain berkaitan perkara yang sama, kajian tersebut telah menghubungkaitkan antara pengambilan peria dengan kawalan glisemik dalam darah menjadi bertambah baik. Pada Mac 2008, Isu Kimia dan Biologi telah menerbitkan satu laporan yang menyatakan penggunaan peria dapat mengawal penghasilan glukos dan fungsinya menjadi stabil kembali.

Manakala pada Januari 2011, satu keputusan percubaan klinikal 4 minggu telah diterbitkan oleh Jurnal Ethnopharmacology yang menunjukkan keputusan bahawa dos harian bagi peria dengan kadar sebanyak 2000 mg membantu mengurangkan paras glukos dalam darah dalam kalangan penghidap diabetes jenis 2. Walaupun kesan hypoglisemik adalah kurang dari 1000 mg sehari untuk dos metformin.

Bagi mengambarkan kebaikan itu, ada pepatah telah wujud berbunyi “Yang Pahit itu Ubat”. Namun begitu, tak ramai yang tahu akan manfaat peria. Pahit sekalipun tetap ditelan jua kerana ia mendatangkan kebaikan kepada kesihatan anda dan tiada kesan sampingan dalam pemakanannya.

Namun, jika anda sudah mula mengambil ubat-ubatan, sampai bila-bila anda terpaksa bergantung kepadanya dan sentiasa risau akan risiko sampingannya dalam penggunaan jangka masa panjang. Diabetes adalah antara penyakit yang mempunyai kadar penghidap tertinggi pada masa ini.

Banyak faktor yang boleh dijadikan sebab utama kepada penyakit ini, antaranya ialah faktor genetik iaitu keluarga mempunyai sejarah lampau dalam menghidap penyakit diabetes.

Walau bagaimanapun, ia berbalik kepada corak pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan oleh sesebuah keluarga. Jika mereka mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan tabiat makan yang tidak betul, ia akan menjadi faktor utama kepada penyumbang diabetes dalam keluarga. Ia sebenarnya boleh mengancam nyawa seseorang jika tidak dicegah dari awal dan tiada usaha dalam merawat supaya tidak menjadi semakin serius.

Akhir kata, mencegah itu lebih baik  daripada merawat. Sebaik-baik penawar adalah sesuatu yang pahit dan kadang kita tak suka itulah yang memberi manfaat yang banyak kepada diri kita. Selamat mencuba kemujaraban manfaat peria!

Sumber: ButterKicap Free Malaysia Today

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini