Kejohanan Piala Dunia 2018 baru sahaja melabuhkan tirainya, meninggalkan kenangan-kenangan yang tersendiri. Kini tiada lagi riuh rendah sorakan di restoran mamak. Tiada lagi pencarian info tentang pemain-pemain. Tiada lagi perlawanan yang ditunggu-tunggu.
Yang layan Fantasy World Cup McDonald pulak, tiada lagi research pemain yang ingin dibeli. Tiada lagi tekaan pemain mana yang bakal menjaringkan gol untuk memberi mata maksimum kepada pasukan masing-masing. Dan tiada lagi kutuk-mengutuk rakan yang menduduki tempat tercorot di liga fantasy tu.
Macam dah rindu pulak suasana tu. Tidak mengapa. Kita tunggu suasana tu 4 tahun lagi. Sementara tu kita dah boleh mula beralih kepada Liga Perdana Inggeris (BPL) yang akan memulakan sepak mula bulan Ogos ni. Pasukan-pasukan di Liga Perdana Inggeris sedang sibuk membeli pemain untuk digandingkan dengan pemain yang sedia ada untuk menggalas cabaran di musim baru nanti.

Tahniah France. Juara lagi sekali sejak 20 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1998. Masa tu France jumpa Brazil di perlawanan akhir di mana France memenangi perlawanan tersebut dengan 3 berbalas 0. Zinedine Zidane menyumbang 2 gol.
Selepas France dinobatkan sebagai pemenang, timbul pula fakta menarik tentang pasukan bolasepak Les Blues ni. Tentang pemain-pemain yang memikul cabaran negara tersebut.
Pasukan France kali ini agak unik. Ianya dipenuhi oleh pemain muslim dan pendatang negara tersebut. Pasukan Perancis mempunyai 7 orang pemain beragama Islam. Mereka ialah Paul Pogba, Nabil Fekir, Kante, Ben Mendy, Rami, Sidibe dan Dembele. Mereka ini semua pemain hebat dan bertaraf dunia.

Manakala 15 orang daripada pasukan France adalah pemain yang berasal daripada benua Afrika. Mereka adalah immigran yang masuk menumpang di negara Perancis. Dan yang menariknya, France mempunyai sikap yang amat prejudis terhadap golongan-golongan ini.
Fakta ini membuatkan ramai yang terfikir, adakah perancis mencuri piala dunia daripada orang-orang yang mereka diskriminasikan setiap hari di negara mereka?
Perancis mempunyai sejarah yang panjang tentang penderaan dan sikap tidak bertoleransi terhadap kaum muslim ini. Antaranya termasuklah pengharaman memakai hijab di sekolah-sekolah awam, pengharaman penutup muka (niqab) di tempat awam, pengharaman baju renang perempuan menutup aurat (burkinis) di pantai-pantai mereka. Malah mereka turut mengawasi secara ketat cara Islam diajar di sana.
ini seolah-olah perancis hanya menghormati muslim apabila mereka memenangi perlawanan bolasepak.
“Jika saya jaringkan gol, saya adalah orang Perancis, jika tidak saya orang arab..” – Karim Benzema (Real Madrid)
Diharap dengan fakta ini Perancis boleh menilai kembali diskriminasi mereka terhadap orang Islam di sana da juga pendatang di negara mereka. Diharap Perancis akan mengambil pelajaran dari Piala Dunia ini dan akan menghormati penduduk muslimnya muslim daripada sekarang.
Ini adalah kerana muslim yang mengangkat negara mereka menjadi kuasa bolasepak terhebat. Muslim bermain bolasepak bermati-matian dengan semangat patriotik mewakili negara Perancis. Besar jasa-jasa mereka ini. Jadi mengapa masih lagi didiskrimasi…?