Siapa Hassan Al-Kontar? Kenapa Dia Ditahan Pihak Berkuasa?


Tular mengenai seorang pelarian Syria yang telah ditahan oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) baru-baru ini. Individu terbabit yang bernama Hassan Al-Kontar difahamkan ditahan oleh pihak berkuasa kerana telah berada dikawasan larangan lapangan terbang itu, serta telah tinggal di Malaysia melebihi had masa yang ditetapkan oleh undang-undang.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali yang mengesahkan penahanan itu berkata, pihaknya akan menyiapkan siasatan berkenaan kes Hassan Al-Kontar selepas siasatan polis selesai, termasuk langkah-langkah sama ada untuk mengambil tindakan selanjutnya termasuk kemungkinan untuk mengusir Hassan dari negara ini.

Hassan Al-Kontar ketika ditanya kenapa dia bertindak menjadikan KLIA2 sebagai rumah barunya menjelaskan bahawa, dia tidak mahu kembali ke Syria kerana merasa takut dijadikan sebagai tentera sejurus pulang ke negara asalnya.

Hassan Al-Kontar berusia 36 tahun, dilaporkan telah tinggal di kawasan transit KLIA2 sejak bulan March yang lalu. Dimana sepanjang tempoh dia tinggal disana, segala keperluan harian yang diperlukannya bergantung kepada sumbangan daripada kakitangan serta syarikat penerbangan disana.

Walaubagaimanapun, sepanjang tempoh Hassan Al-Kontar tinggal disana juga, difahamkan bahawa dia turut memuat naik video-video tentang kehidupannya yang tersekat dalam transit di media sosial dan dalam masa yang sama membuat beberapa kenyataan yang memalukan nama Malaysia.

Kronologi Hassan Al-Kontar sebagai pelarian

  1. Sebelum menjadi pelarian, dia pernah bekerja sebagai ejen pemasaran insurans di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun 2006.
  2. Selepas permit kerjanya tamat pada tahun 2011 (yang merupakan tahun Perang Saudara Syria bermula), kedutaan Syria enggan membaharui visanya.
  3. Sepanjang tempoh ketiadaan visa yang diperbaharui, Hassan Al-Kontar tinggal di UAE secara haram kerana dia enggan pulang ke Syria kerana takut diserap masuk kedalam pasukan tentera.
  4. Pada tahun 2017, dia ditangkap dan dihantar ke Malaysia, iaitu salah satu negara yang menerima kemasukan warga Syria tanpa memerlukan visa pekerja.
  5. Hassan Al-Kontar kemudiannya cuba untuk pergi ke Ecuador tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dijelaskan kakitangan Turkish Airlines tidak membenarkan dia menaiki penerbangan dan mengembalikan tiketnya.
  6. Hassan Al-Kontar kemudian cuba pula untuk pergi ke Kemboja tetapi juga ditolak kemasukannya dan dihantar kembali ke Kuala Lumpur.
  7. Oleh kerana tempoh Hassan Al-Kontar “melancong” ke Malaysia telah tamat, maka dia tidak dibenarkan memasuki negara ini dan akhirnya tetap terkandas di lapangan terbang.

Nota: Teringat tentang satu filem yang hampir sama dengan situasi Hassan Al-Kontar yang dilakonkan oleh Tom Hanks yang berjudul The Terminal. Namun begitu, filem tersebut menceritakan tentang seorang individu yang tersekat dilapangan terbang selama setahun kerana negara asalnya, Krakozhia, telah tercetus perang saudara sehingga menyebabkan pasportnya tidak sah untuk digunakan.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini