Sistem komputer Media Prima Berhad Digodam, Duit Tebusan RM26.42 Juta Dituntut..


Sistem komputer Media Prima Berhad digodam oleh penggodam siber. Mereka turut menuntut wang tebusan bernilai jutaan ringgit.

Serangan ‘ransomware’ ini dilakukan pada hari Khamis 8 November yang lalu. Ransomware adalah sejenis malicious software (malware) yang dicipta untuk menghalang akses kepada sistem komputer sehingga wang wang yang dituntut dibayar.

Dalam kes ini penyerang menuntut Media Prima Berhad membayar 1,000 Bitcoins untuk membebaskan kembali akses kepada sistem komputer.

Bitcoins, matawang digital yang semakin mendapat tempat sekarang bernilai US6,297.21 untuk 1 Bitcoin (enjin carian Google, Nov 13, 11.50 am). Ini bermakna penyerang tersebut mahukan duit tebusan sebanyak RM26.42 juta.

Akhbar News Straits Times, salah satu akhbar yang dikendalikan oleh Media Prima

Sehingga kini masih terlalu awal untuk mengetahui samada ada kebocoran data akibat serangan tersebut. Juga masih terlalu awal untuk membuat analisa samada Kumpulan Media Prima mengalami kerugian akibat serangan ini atau tidak.

Menurut sumber, pihak Media Prima tidak akan tunduk dengan ugutan dan tidak akan membayar wang tebusan tersebut.

Media Prima ialah syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia. Ia mengendalikan, antara lain, tiga akhbar nasional, iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro; stesen televisyen TV3, TV9, ntv7 dan 8TV; dan empat stesen radio iaitu Fly FM, Hot FM, One FM dan Kool FM.

Moga Media Prima dapat menyelesaikan perkara ini dengan sebaik-baiknya..


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini