•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kerajaan telah mengumumkan supaya semua sekolah tidak mengamalkan budaya pengasingan kelas supaya kanak-kanak dapat bergaul sesama mereka tanpa mengira tahap keupayaan pembelajaran. Arahan ini telah mengundang reaksi pelbagai dikalangan ibu bapa dan juga guru.

Ada kelebihan dan kekurangan dari arahan ini. Berikut kami kongsikan ulasan kebaikan dan keburukan berkaitan isu ini yang ditulis seorang guru di akaun facebook milik beliau iaitu Cikgu Mohd Fadli Salleh

1) KELEBIHAN PENGASINGAN KELAS

Murid searas dikumpulkan dalam sekelas. Sangat memudahkan guru handle kelas dan mengajar. Budaya pembelajaran murid hampir sama. Aktiviti kelas dan latihan yang sama boleh diberi.

Mereka akan berlumba-lumba untuk bersaing sesama mereka kerana aras yang hampir sama. Sesiapa sahaja boleh menjadi nombor 1 jika berusaha. Persaingan ini bagus sekali.

Murid dari kelas belakang berpeluang masuk ke kelas hadapan jika mereka usaha lebih. Ini membuatkan mereka lebih rajin untuk masuk ke kelas yang lebih baik. Murid dari kelas depan pula berusaha agar tidak jatuh dan turun kelas. Persaingan sihat!

2) KELEBIHAN TIADA PENGASINGAN KELAS
Murid tidak rasa dibeza-beza. Mereka rasa mereka semua sama sahaja. Tiada rasa rendah diri bila perlahan dalam pelajaran.

Murid yang pandai bergaul dengan murid yang tidak pandai. Ini memberi motivasi kepada murid perlahan. Buddy support juga wujud di mana murid laju sentiasa bimbing murid perlahan.

Budaya belajar dari murid yang pandai dan rajin ditiru oleh murid perlahan ini. Seterusnya budaya rajin membaca, selalu bertanya, berani menjawab dan tampil ke hadapan berjaya diserap oleh murid pemalu, perlahan dan slow.

Baca juga  Dakwaan Lelaki Hilang di Gunung Singai, Bau Disembunyikan Bunian Tidak Berasas

3) KEKURANGAN PENGASINGAN KELAS
Mereka rasa gah bila berada di kelas hadapan. Murid yang perlahan pula segan dan malu untuk bagitahu kelas mereka.

Wujud perbandingan kelas dan sindirin,

“Oh. Dia murid kelas belakang. Patutlah.”

“Patutlah dia selalu menang. Dia murid kelas depan.”

Pergaulan murid terhad. Murid kelas depan hanya berkawan dengan kawan-kawan setaraf mereka sahaja. Jarang murid kelas depan bergaul rapat dengan murid kelas belakang.

4) KEKURANGAN TIADA PENGASINGAN KELAS
Pengajaran dan pembelajaran sukar dilaksanakan kerana aras murid berbeza-beza. Guru perlu menyediakan bahan yang berbeza-beza untuk murid laju, sederhana dan perlahan.

Sikap murid perlahan yang malas pula diikuti murid yang rajin dan bijak. Akhirnya ada murid yang asalnya rajin dan pintar menjadi malas dan keputusan peperiksaan mereka merudum. Budaya negatif sememangnya lebib cepat mempengaruhi kanak-kanak.

Murid perlahan kurang berusaha kerana sedar mereka takkan dapat merampas kedudukan dalam kelas dari murid pintar. Persaingan dalam belajar akan kurang kerana mereka tidak risau turun kelas lagi.

Murid juga hanya bergaul sesama mereka. Tiada peluang naik atau turun kelas dari darjah 1-6. Ini membuatkan hubungan mereka sesama batch mereka renggang. Tidak pernah bertukar kelas bermaksud tidak membuat kawan baru. Hanya rapat dengan kawan sekelas sahaja.

Kami di Ohsempoi juga berpendapat yang sama seperti guru tersebut. Pengasingan kelas memudahkan guru untuk berikan tumpuan dan penekanan pembelajaran berdasarkan keupayaan murid.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini