•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Antara rutin harian orang zaman sekarang adalah dengan mengemaskini status mereka di laman-laman sosial. Memang ada kalanya perlu untuk kita bercerita tentang kehidupan sendiri lebih-lebih lagi apabila ianya sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain juga. Namun, perlulah diketahui bukan semua perkara atau aktiviti juga sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Berikut, kami senaraikan 5 perkara yang perlu anda elakkan daripada berkongsi di sosial media sekiranya anda ingin menjamin keselamatan keluarga anda.

1. Muat naik status suami tiada di rumah

Pencuri, perompak, perogol paling suka status sebegini kerana bagi mereka, perempuan yang tidak ditemani suami akan menjadi mangsa mudah untuk mereka. Kita sedia maklum, kudrat seorang wanita selalunya tidak dapat menandingi kudrat seorang lelaki. Jadi, pastikan kakak-kakak, adik-adik diluar sana yang suaminya terpaksa outstation, jangan umum di sosial media ye ketiadaan mereka dirumah. Dikalangan rakan-rakan disosial media ini kadang-kala kita tak tahu mana satu yang betul. Sila berwaspada.

2. Dedahkan lokasi rumah

Elakkan untuk berkongsi lokasi rumah anda. Ini bagi mengelakkan rumah anda terdedah kepada bahaya yang tidak dapat dijangka. Memanglah kadang-kala kita hanya “check-in” tanpa menunjukkan gambar rumah kita yang bertingkat-tingkat bagaikan istana, namun begitu penjenayah dapat mengagak persekitaran rumah kita lebih-lebih lagi sekarang ini dengan adanya bantuan Google Maps, pintu pagar rumah anda pun diorang boleh lihat melalui telefon pintar saja.

3. Tayang nombor pendaftaran kereta

Ya, zaman sekarang macam-macam boleh dijadikan mangsa jenayah. Nombor pendaftaran kereta juga tidak terkecuali. Elakkan mendedahkannya daripada umum, ini kerana segala maklumat berkenaan pemilik kereta boleh diperoleh dengan mudah tanpa pemilik mengetahuinya. Selain itu, ianya juga bagi mengelakkan orang menggunakan nombor pendaftaran kereta anda untuk dijadikan kereta klon. Nanti tak pasal-pasal dapat surat saman.

Baca juga  6 makanan berkhasiat tinggi yang murah dan mudah diperolehi

4. Kongsi gambar kad pengenalan dan passport

Antara tabiat ibu bapa yang baru sahaja menerima cahaya mata, iaitu menayangkan sijil kelahiran anak. Tak kurang juga bagi mereka yang baru sahaja mengambil kad pengenalan baru ataupun baru saja buat passport, akan ditayangkan dokumen peribadi mereka dilaman sosial tanpa sebarang perlindungan terhadap data peribadi tersebut. Ingat ya, dah banyak kes kecurian data peribadi terutamanya yang melibatkan urusniaga online. Jangan orang lain yang menipu jual online, tapi kita yang ditangkap polis. Sekiranya dirasakan berlakunya kecurian data peribadi anda, cepat-cepatlah buat laporan melalui aduan@JPDP.gov.my. Pihak yang menyebarkan data peribadi anda boleh dikenakan hukuman sehingga RM500,000.

5. Nyatakan kelewatan anda menjemput anak dari sekolah

Maaf, hari ni ayah lambat lagi ambil abang.” – contoh status yang dimuat naik. Larangan memuat naik status seperti ini sering diperingatkan oleh PDRM kepada umum diatas risiko untuk orang luar memantau pergerakan anak kita. Sebarang kelewatan adalah risiko besar pada kita dan juga anak kita. Jadi sebaik-baiknya elakkan daripada memberitahu orang tentang kelewatan sebegini kecuali ahli keluarga yang terlibat. Zaman sekarang anak depan mata pun boleh diculik, inikan anak yang keseorangan tanpa dijaga sesiapa.

Penutup

Jika diikutkan banyak lagi pantang larang yang perlu dijaga ketika memuat naik status di sosial media. Namun, 5 perkara diatas memadai bagi membuka mata kita akan bahayanya sosial media jika penggunaanya tidak dikawal. Jadi, kalau nak guna tu berpada-pada lah ye. Jangan terlalu alpa sehingga menyebabkan diri diambang bahaya.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini