i’ll See you in court!

Peguam yang hebat akan sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada client yang memerlukan khidmat mereka untuk perbicaraan kes mereka di mahkamah. Sejauh mana hebat seorang pegum itu bergantung kepada berapa banyak kes yang peguam itu sudah menang.

Benarkahkah pendapat ini? Mungkin ya, mungkin juga tidak.

Membayar perkhidmatan peguam jenayah yang hebat dengan kadar yang tinggi belum menjamin anda menang kes di mahkamah. Bila menang, mereka dipuja. Bila kalah, soalan ini sering ditanya kepada mereka,

“Macammana Kes Boleh Kalah ni?”

Kali ini kami ingin berkongsi perkongsian oleh salah seorang Peguam Jenayah hebat di Malaysia, En.Hayat Muhamad tentang faktor yang mendorong kepada kekalahan kes yang mereka wakili.

Peguam Jenayah – En.Hayat Muhamad

Kebiasaannya kes perbicaraan jenayah kalah atas beberapa faktor.

1- Afterthought.

Maksudnya sesuatu yang difikirkan kemudian dan ditambah kemudian untuk menyesuaikan versi pembelaan.

“ Dadah tu sebenarnya mak saya punya. “.

Padahal masa peringkat awal tak bangkitkan isu mak dia pun. Dia nak lepas diri tuduh orang lain.

2- Keterangan bela diri tidak dipercayai.

“ Masa tu budak sekolah tu goda saya, saya lemah dengan godaan tu. Saya terkulai di kaki dia. Dia lompat atas badan saya dulu!”

3- Inadequate Witnesses.

Saksi yang menyokong pembelaan ada. Tetapi enggan hadir. Bela diri hanyalah keterangan tertuduh sorang sahaja.

Tiada saksi sokongan.

Saksi yang material, paling penting tidak hadir.

4- Bukti dokumentasi tidak ada.

Untuk mengukuhkan versi pembelaan, adalah lebih baik bukti dari segi dokumen dikemukakan.

Baca juga  5 Langkah Mendidik Anak Kecil Bertudung

“ Saya mengalami tekanan mental. “
“ Kamu ada bawak laporan perubatan kamu?”
“ Tak ada!”

5- Bare Denial.

Kau sekadar nafi sahaja pertuduhan atas kau. Tetapi tidak mempunyai versi pembelaan atau penjelasan yang munasabah kenapa kau tidak terlibat dengan pertuduhan. (Unsupported).

“ Saya nafi terlibat”
“ Habis bagaimana awak boleh berada kat situ?”
“ Saya tak tahu!”

6- Saksi menipu lalu keterangan bercanggah.

Ketika bela diri, saksi- saksi akan memberikan keterangan. Apabila mereka menipu, percanggahan versi akan wujud. Apabila keterangan mereka bercanggah sesama sendiri, Line Versi pembelaan dah berterabur.

Saksi A: “Saya nampak tertuduh tak tumbuk mangsa”.
Saksi B : “Saya nampak tertuduh tumbuk mangsa sampai pecah kepala!”

7- Keterangan Saksi pendakwaan terlalu kuat dan jelas.

Paling penting ialah saksi yang menyaksikan kejadian. Eye-witness.

“ Saya nampak tertuduh jelas- jelas meraba Sajad. Tangan kanan dia pegang tetek sebelah kiri. Benda tu berlaku depan saya!”

Peguam apabila cross-examine pun, jawapan dia pun macam tu.

Kalau kes kalah, kita masih ada hak untuk merayu ke Mahkamah yang lebih tinggi.

bicara mahkamah

Jangan marah pada peguam, Tuan Hakim dan Puan DPP.

Mereka semua telah sehabis daya laksanakan keadilan bagi pihak masing- masing.

“ Justice is doing for others what we would want done for ourselves.”

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini