•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Awal minggu ini kita dikejutkan dengan pembunuhan anak kecil Mohd Adam Rayqal yang baru berusia 5 bulan. Pengasuh yang baru seminggu menjaganya disyaki membunuh anak comel yang tak berdosa itu. Mayat mangsa dimasukkan ke dalam beg yang digunakan oleh ibu mangsa untuk meletakkan barangan keperluan mangsa dan beg tersebut disumbat ke dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuh tersebut.

Pengasuh tersebut cuba menyembunyikan perbuatannya daripada ibubapa Adam apabila membuat laporan polis mengatakan yang Adam diculik oleh lelaki yang mengaku ayah kepada Adam. Lantas si ibu bertindak memohon pertolongan netizen mencari anaknya di laman sosial Facebook. Status ibu Adam telah menjadi viral di media sosial.

Polis yang menghidu sesuatu yang ganjil telah mendesak pengasuh tersebut memberitahu perkara sebenar telah menemui mayat mangsa di dalam peti ais di rumah penjaga tersebut yang didiami bersama seorang lagi kawannya. Selepas dilakukan post mortem, didapati bayi tersebut meninggal bukan disebabkan tersedak susu seperti yang didakwa. Ada kesan retak di tempurung kepala dan pendarahan dalaman. Punca sebenar masih dalam siasatan dan pengasuh tersebut serta teman serumahnya di reman selama 7 hari untuk membantu siasatan.

Memang sukar dihadam. Hati dan perasaan manusia normal tidak akan tergamak melakukan perbuatan sekejam itu. Namun itulah yang terjadi. Semoga keluarga Adam tabah menerima ketentuan tuhan ini.

Sedang kita masih terkejut dengan pembunuhan anak kecil yang tak berdosa itu, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita penemuan 2 beg plastik yang mengandungi badan manusia yang dikerat keoada beberapa bahagian di tebing Sungai Gombak di Kuala Lumpur.

Baca juga  Kenapa Kita Perlu Elak Daripada Membeli Dan Makan Telur Penyu?

Post Mortem telah dibuat oleh pihak polis dan mengesahkan mayat tersebut adalah mayat seorang wanita. Dan polis meminta orang ramai yang ada kehilangan waris atau ahli keluarga tampil untuk membuat laporan.

Lagi pembunuhan kejam..! Persoalannya… Masih amankah malaysia? Slogan: “Syukurlah, Malaysia masih aman..”, masih sesuaikah untuk digunakan?

Pembunuhan demi pembunuhan sudah semakin kerap berlaku di Malaysia. Itu belum diambil kira dengan jenayah lain seperti rompakan, rogol dan lain-lain. Angka jenayah-jenayah ini dilihat bukan semakin berkurang. Malah ianya semakin meningkat saban tahun. Statistik yang dikira adalah berdasarkan kes-kes jenayah yang dilapor. Yang tidak dilaporkan mungkin ada lagi.

Persoalannya… Apakah usaha kerajaan untuk membendung jenayah ini. Jika ada, kenapa angkanya meningkat saban tahun?

Harapan kita rakyat Malaysia agar gejala jenayah berat ini dapat dibendung segera. Kita tidak mahu berita jenayah seperti pembunuhan, rogol dan rompak ini menjadi tajuk rutin akhbar harian kita. Moga ada usaha yang lebih serius daripada kerajaan, khusunya kerajaan baru ini.

Bersama menuju ke arah Malaysia baru yang lebih bersih daripada jenayah…!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini